LIVE STREAMING: Kedah vs Kelantan 1 Mei 2012

http://speakerpecah.blogspot.com

FT
KEDAH 2-2 KELANTAN
Agg: 3-3 | Kelantan layak ke FINAL!

Selain perlawanan Sime Darby FC vs Terengganu, hari ini juga akan berlangsunya perlawanan di antara Kedah vs Kelantan dalam saingan Separuh Akhir Kedua Piala FA 2012. Perlawanan ini pastinya akan menjadi lebih sengit di mana kedua-dua pasukan kini terikat dengan keputusan seri 1-1 semasa perlawanan mereka pada Separuh Akhir Pertama Piala FA 2012 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV tempohari. Bagi Kedah, mereka pastinya akan memiliki kelebihan di laman sendiri apabila pemain import mereka dari Croatia,, Vedran Gerc kini dianggap penyerang paling berbahaya buat The Red Warriors.

Rita Rudaini Mahu Aidil Beri Alasan Kukuh Isu Permohonan Cerai



Semalan telah berlangsungnya prosiding penceraian melibatkan pelakon Rita Rudaini dan suaminya, Aidil Zafuan di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya. Pada pertemuan itu, Rita ternyata tidak bersetuju dengan permohonanan penceraian yang dikemukan oleh suaminya dan memohon Aidil memberikan alasan kukuh. Untuk pengetahun semua, Aidil dan Rita tidak pernah berbincang secara bersemuka semenjak pemain bola sepak kebangsaan itu keluar dari rumah 4 bulan yang lalu.

Najib Umum Kadar Gaji Minimum RM800 - RM900

http://speakerpecah.blogspot.com


Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak semalam telah pun mengumumkan hadiah istimewa kepada lebih tiga juta pekerja swasta sempena sambutan Hari Pekerja (1 Mei 2012) dengan menetapkan kadar gaji minimum masing-masing RM900 bagi Semenanjung dan RM800 di Sabah,, Sarawak serta Labuan.

KEPUTUSAN PENUH: Selangor vs Sri Lanka 30 April 2012


SELANGOR 2-0 SRI LANKA


Semalam telah berlangsungnya perlawanan persahabatan melibatkan pasukan Selangor vs Sri Lanka di Stadium Shah Alam. Sri Lanka yang sebelum ini telah dikalahkan oleh Harimau Malaya 6-0, nampaknya ditambah derita lagi apabila skuad Gergasi Merah berjaya berjaya menundukkan skuad negara yang kini berada di ranking ke-181 dunia itu dengan keputusan 2-0.

Lagi Gambar Nora Danish Dan Adi Putra Ketika Tunai Umrah Bersama (14 Gambar)

http://speakerpecah.blogspot.com

Jika sebelum ini kami ada kongsikan beberapa keping gambar Nora Danish bersama ibunya sedang menunaikan ibadah umrah sejak Jumaat lalu iaitu ketika Fasha Sandha dan Jejai sedang menikmati hari pernikahannya di sebuah hotel terkemuka di ibu negara. Pada gambar itu juga ada memaparkan seorang pelakon kacak, Adi Putra yang mungkin menjadi tanda tanya mengapa dia ada bersama Nora Danish pada ketika itu.

LIVE STREAMING: Sime Darby FC vs Terengganu 1 Mei 2012

http://speakerpecah.blogspot.com

FT
SIME DARBY FC 0-0 TERENGGANU
Agg: 2-1 | Sime Darby FC layak ke FINAL!

Hari ini akan berlangsungnya perlawanan Sime Darby vs Terengganu bagi saingan Separuh Akhir Kedua Piala FA 2012. Sime Darby yang kini berbekalkan 2 gol nampakanya perlu berjaga-jaga ekoran kebangkitan pasukan Terengganu yang sebelum ini menang besar ke atas Song Lam Nghe An, 6-2 dalam saingan Liga Singapura (S-League) tempohari.

Iklan 'Nenek Undertaker' Paling LOL (Video)

ZOMBAAA ??

Berapa kali nak mati nenek ? Lulzz..

Powered by Blogger.