Yusry, Lisa Ubah Lokasi Nikah



CYBERJAYA - Pasangan dua sejoli, Lias Surihani dan Yusry Abdul Halim dikatakan telah mengubah lokasi majlis pernikahan mereka pada 23 Februari ini daripada cadangan awal di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya ke Hotel Marriot Putrajaya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut Lisa, perubahan itu yang dibuat selepas berbincang dengan keluarga Yusry bagi mengelakkan majlis tersebut mengganggu jemaah masjid berkenaan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Kami akan mengadakan majlis akad nikah selepas Asar. Jadi, kami bimbang mengganggu jemaah yang datang solat Asar di masjid itu. Majlis pernikahan ini yang berlangsung juga kemungkinan berlanjutan ke waktu Maghrib.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Saya juga fikir bagi pihak keluarga Yusry, keluarga saya dan rakan-rakan perempuan lain yang mungkin tidak dapat memasuki masjid atas faktor uzur," kata Lisa ketika ditemui selepas sidang media memperkenalkan pelakon-pelakon Ular terbitan KRU Studios di pejabat KRU Studios, semalam.

Menurutnya lagi, majlis respsi perkahwinannya tetap diadakan di Pusat Konvokesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 26 Februari.

"Semua persiapan kami berjalan dengan lancar. Malah kami juga sudah menjalankan ujian HIV baru-baru ini selain mengikuti kursus kawin pada 9 dan 10 Januari ini.

"Untuk temankan Lisa, Yusry sanggup menghadiri kursus kahwin sekali lagi," katanya.



Sumber: Kosmo!

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.