Ulama Iran: Berdosa Jika Jadi Ahli Facebook





TEHRAN - Seorang ulama Iran di sini menetapkan laman sosial, Facebook bercanggah dengan ajaran Islam sekali gus berdosa menjadi salah seorang ahlinya kerana menggalakkan peri laku tidak bermoral.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Ulama kanan itu, Ayatollah Lolfollah Safi-Golpaygani memberi pandangannya mengenai laman sosial tersebut dan keahlian warga negaranya dalam web berkenaan ketika sesi soal jawab dengan agensi berita ISNA, semalam.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Pada mulanya, perbuatan melayari mana-mana laman web yang menggalakkan peri laku tidak bermoral dan melemahkan pegangan agama bercanggah dengan ajaran Islam tidak dibenarkan selain menjadi ahli adalah haram.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Hanya penggunaan laman web yang menekankan isu agama dan tidak membawa kepada sebarang per laku atau etika tidak bermoral, tidak menjadi masalah," katanya.

Meskipun kerajaan mengenakan banyak sekatan internet, seramai 17 juta penduduk Iran adalah ahli Facebook, lapor perangkaan rasmi pada 17 Oktober lalu.

Oleh kerana Facebook popular dalam kalangan generasi muda, pemerhati percaya bilangan penduduk Islam yang mempunyai akaun Facebook lebih tinggi daripada angka itu.

Iran mempunyai penduduk seramai 70 juta, 60 peratus daripadanya adalah mereka berusia di bawah 30 tahun.

Lebih lima juta laman web dikenakan sekatan di Iran tetapi warga negara itu mendapatkan akses menggunkan perisian proksi dan rangkain persendirian maya (VPN).


Sumber: Berita Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.