Ugutan Bom Helikopter Serius, Motif Hasut



GEORGETOWN - Seorang penuntut tahun empat Universiti Sains Malaysia (USM) yang ditahan semalam kerana menulis kenyataan berbaur ugutan menerusi laman sosial Facebook, disiasat secara menyeluruh membabitkan setiap aspek.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, siasatan dilakukan kerana pihak polis beranggapan kenyataan pelajar itu adalah serius berikutan mengandungi motif menghasut serta menimbulkan kemarahan pelbagai pihak.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Pelajar tersebut dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) semalam (Ahad).

"Pihak kami akam melakukan siasatan dari seluruh aspek memandangkan pengetahuan kejuruteraan serta rangkaian hubungan pelajar itu perlu dinilai bagi memastikan keseriusan kenyataan yang dilakukan," katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut Ayub, walaupun pelajar tersebut mengatakan status di Facebook beliau hanyalah gurauan, namun pihak polis tidak boleh mengambil remeh isu berkenaan kerana ianya melibatkan pemimpin negara.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Bagaimanapun, pelajar tahun empat pengajian kejuruteraan universiti itu dibebaskan dengan jaminan polis bagi membolehkan beliau mengambil peperiksaan akhir semesta yang sedang berlangsung.

"Pihak polis menyiasat kes ini di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu untuk mengenal pasti niat pelajar terbabit berbuat demikian.

"Pihak kami terpaksa membebaskan beliau buat sementara untuk memberi laluan bagi menghadapi peperiksaan pada hari ini (semalam) dengan jaminan daripada pihak kami," katanya lagi.

Ayub berkata, penuntut yang berusia 24 tahun itu akan disiasat jika diperlukan selepas tempoh satu bulan dan akan dipanggil untuk membantu siasatan pada bila-bila masa.

Semalam, pelajar berkenaan ditahan selepas mengemaskini status Facebook beliau dengan mengatakan sesuatu yang berbaur hasutan dan ugutan.

Antara yang ditulis oleh pelajar tersebut ialah "Najib datang ke kampus kita.... mari kita bom helikopter beliau,"

Sementara itu, Naib Canselor USM, Datuk Dr Omar Osman dalam kenyataannya berkata, USM memandang serius kes pelajar yang meletakkan kenyataan tidak sewajarnya yang boleh mengancam keselamatan dalam media sosialnya.






Sumber: Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.