Tunjuk 'Drift' Depan JPJ

Anggota JPJ memeriksa kereta berkenaan yang dipercayai telah diubah suai.


KUALA LUMPUR - Seorang pemandu menunjuk lagaknya dengan mempamerkan aksi drift di depan anggota kereta peronda. Itulah yang terjai kepada pemilik Nissan Silvia yang sepatutnya digunakan untuk pameran kereta seperti seolah-olah mencabar peronda jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang pada ketika itu sedang melakukan rondaan di Bandar Tasik Selatan, Cheras.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Bagaimanapun, pemandu kenderaan berusia 24 tahun itu terlupa penguat kuasa JPJ boleh menjejakinya dengan berpandukan nombor pendaftaran kereta tersebut yang digunakan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Selepas intipan dilakukan oleh Unit Risikan Operasi JPJ Kuala Lumpur, pemandu kenderaan berkenaan dicekup bersama kereta itu di rumahnya di Taman Connaught, Cheras, kelmarin.sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut Pengarah JPJ Wilayah, Mohd Nadzri Osman berkata, ketika sepasukan anggota JPJ sedang membuat rondaan di kawasan berkenaan, mereka ternampak sebuah kereta jenis Nissan Silvia berwarna hijau yang diubah suai dan ketika cuba ditahan, pemandu kereta berkenaan sengaja memecut laju.

"Pasukan peronda yang mencurigai lalu mengekori kenderaan berkenaan bagaimanapun pemandu terbabit menunjukkan keangkuhannya dengan menunjukkan aksi drift di hadapan kereta peronda berkenaan sebelum melarikan diri.

"Bagaimanapun, polis peronda berjaya mencatat nombor pendaftaran kenderaan berkenaan  dan Unit Risikan Operasi berjaya menjejaki kereta itu dan mencekup pemiliknya selain menyita kenderaan berkenaan," katanya.

Menurut Mohd Nadzri, siasatan awal menadapati keretanya itu dipamerkan ketika pameran kereta di ibu kota, namun cara badan kereta dan ekzos kenderaan berkenaan telah diubah suai tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.

Beliau berkata, cara pemanduan drift di jalan raya biasa adalah kesalah berat kerana bukan saja membahayakan pemandu itu sendiri malah pengguna jalan raya lain.





Sumber: Harian Metro

1 komen:

  1. Bodoh..aku men DRIFT gak..tapi bukan nk tunjuk lagak depan JPJ..kalau pandai sangat meh la lam litar...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.