Tuah Safee Dikaitkan Dengan 3 Kelab Eropah



Penyerang berbisa Harimau Malaya dan Pelita Jaya, Safee Sali kini telah dikaitkan dengan penawaran untuk bersama-sama kelab terkemuka Eropah. Antara kelab yang berminat untuk mendaptkan sentuhan beliau ialah Galatasaray (Turki), Panathinaikos FC (Greece) dan Paris Saint Germain (Perancis).
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com

Meskipun masih belum menyelesaikan isu kontrak bersama kelab ISL Pelita Jaya, Safee kini dikaitkan pula dengan beberapa kelab Asia Tenggara dan Eropah.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Jika sebelum ini, pengurusan Safee Sali masih lagi belum menemui jalan penyelesaian berhubung isu kontrak beliau yang disifatkan terlalu lama untuk diikat bersama Pelita Jaya apabila kelab itu mahu mengikat  Safee selama 3 tahun, dan keputusannya akan diketahui penhujung bulan ini.

Dikhabarkan, Safee Sali turut diintai juara Liga Thailand 2010, Muang Thong United. Berita terbaru pula, beliau mengakui turut ditawarkan secara lisan dari tiga buah kelab Eropah.

Menurut pengurus Safee Sali, Zakaria, beliau enggan untuk mengesahkan spekulasi yang hangat diperkatakan oelh peminat bola sepak tempatan di laman-laman blog mahupun laman sosial Facebook.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Mengimbas kembali episod lalu, Safee Sali telah dikaitkan dengan banyak kelab luar negara antaranya QPR dan Cardiff City di  mana beliau telah pun menjalani latihan percubaan, namun sehingga kini masih tiada tindak balas positif mengenai tawaran tersebut. Sebelum ini juga Safee dikaitkan dengan kelab Bundesliga, tetapi ianya hanya khabar angin sahaja.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Sementara itu, beberapa pemain negara juga turut dikaitkan dengan kelab Eropah, antaranya Baddrol Bakhtiar yang dikatakan diminati Wigan Athletic dan Syafik Rahim dikaitkan dengan Cardiff City dan telah menjalani latihan di sana bersama Safee Sali pada ketika itu.







Sumber: Portal Sukan

1 komen:

  1. Hehe, cari populariti semua...3 kelab eropah konon..buktikan dan jangan nak cakap bnyk...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.