Tiada Gangguan Hantu 'Kak Limah' Lagi

Ustaz Nor Hasrul hanya menggunakan ayat suci al-Quran untuk memerangkap 
makhluk halus berkenaan. (Suber gambar: Sinar Harian)



MARANG - Keluarga Mazlan Ali kini boleh menarik nafas lega selepas Ustaz Nor Hasrul Mohd Hassan dari Pusat Perubatan Syifa Al Ikhlas yang tampil hadir untuk membantunya kelmarin telah berjaya membakar kesemua jin yang telah diperangkap.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Kita sudah membakar kesemua jin yang sempat diperangkap. Kesemua enam jin ini diperangkap dalam botol plastik sebelum dibakar menggunakan ayat-ayat suci al-Quran. Insya-Allah, mereka sekeluarga tidak akan diganggu lagi oleh lembaga misteri yang didakwa seperti watak hantu 'Kak Limah' itu."

 sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Demikian kata Ustaz Nor Hasrul ketika diminta mengulas tentang perkembangan mengenai jin yang berjaya diperangkap olehnya di rumah kelaurga Mazlan ALi, 55, di Kampung Temiang, Marang, di sini, pada malam tahun baru lalu.
 sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut Ustaz Nor Hasrul, walaupun dia mengetahui gangguan tersebut akan berlaku semula pada masa akan datang, dia berharap keluarga berkenaan sentiasa membaca ayat suci al-Quran di rumah selain kerap solat dan membaca surah Yassin.

"Kesemua amalan inibagi memastikan makhluk halus dan jin (hantu Kak Limah) itu tidak lagi mengganggu kelaurga Mazlan dengan izin Allah. Walaupun lembaga tersebut berjaya diperangkap dan dibakar, saya percaya masih ada lagi makhluk halus lain yang sering berkeliaran di kawasan berkenaan.

"Ini kerana, keadaan persekitaran rumah mereka yang jauh di pendalaman dan menjadi pilihan jin untuk tinggal," katanya.

Ustaz Nor Hasrul berkata, tiada rawatan susula dilakukan ke atas keluarga berkenaan kerana ia sudah berakhir sepenuhnya selepas kesemua jin berjaya diperangkap dan dibakar.

Pada masa melakukan rawatan, pelbagai kejadian aneh yang berlaku seperti yang terjadi kepada adik Syawal, Mat Ali, 15, yang menangis secara tiba-tiba sebelum pengsan dipercayai telah dirasuk.

Selang beberapa mini kemudian, giliran kakaknya pula, Masliana, 31,  dikatakan terpandang lembaga berambut panjang duduk di alang rumah.

Kesemua perkara aneh yang berlaku itu terus hilang selepas bacaan ayat al-Quran dan azan dialunkan sehingga membuat makhluk yang mengganggu wanita berkenaan berjaya diperangkap selain enam makhluk lain juga menerima nasib yang sama.

Menurut ustaz terbabit, dia membuat rawatan dengan menggunakan kepakarannya saja tanpa menggunakan barangan seperti kemenyan atau asap sebaliknya menggunakan ayat suci al-Quran.

Menurutnya lagi, rawatan tersebut adalah percuma kerana faham dengan situasi keluarga Mazlan Ali yang tidak berkemampuan dari segi kewangan.

"Saya buat dengan ikhlas untuk membantu sesama Islam. Bagaimanapun, saya bersyukur kerasa semuanya telah kembali pulih seperti sedia kala," katanya lagi.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.