'Tentang Dhia' Catat 3 Juta Penonton



Heboh di laman-laman blog mahu pun di Facebook yang hangat memperkatakan tentang lakonan hebat daripada lakonan Nora Danish, Adi Putra, Liza Abdullah, Ako Mustapha, Irfan Roslan, Tasha Shilla, Izreen Azminda dan Puteri Sarah yang berjaya memneri kesan dan mencetuskan fenomena baru menerusi drama bersiri di slot AkasiaTV3, 'Tentang Dhia', apabila episod terakhir yang telah ditayangkan pada petang Khamis (29 Disember) lalu telah mencatatkan kadar penonton tinggi hampir 3 juta.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Drama bersiri 'Tentang Dhia' adalah sebuah kisah cinta yang menggamit emosi dan penuh dramatik terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd mengisahkan dilema seorang gadis kampung yang bernama Dhia (Nora Danish) ynag berdiri di antara dua lelaki yang dikasihaninya. Percintaan tiga segi ini turut menjadi mempi ngeri apabila dia dicemburui Melly (Izreen Azminda) yang merasakan dirinya lebig baik dans sesuai. Namun kebahagiaan yang diidamkan Dhia tidak datang dengan mudah apabila terpaksa berhadapan dengan komplot rancangan jahat ibu mertuanya sendiri (Liza Abdullah). Walaupun diuji pelbagai rintangan, cinta Dhia dan Zikir (Adi Putra) tetap utuh sehingga nafas terakhir.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Pengurus bagi Kumpulan Pengurusan Jenama Wanita TV3, Puan Hadzelynda Khairuddin berkata, "Sejak drama ini mula bersiaran pada 9 November 2011 hinggalah ke episod akhir pada Khamis lalu, drama ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan bukan sahaja di kaca televisyen dengan purata 2.5 juta setiap hari, malah pengaruh drama ini terus hangat diperkatakan saban hari rata-ratanya menerusi media komunikasi alam maya seperti Facebook, laman twitter dan juga blog-blog tempatan. Pihak TV3 dengan kerjasama Alt Media juga telah menganjurkan satu sesi 'live chat' bersama dua pelakon utama drama ini, Nora Danish dan Adi Putra pada petang Khamus bertempat di studio Sri Pentas sempena dengan tayangan episod terakhir Tentang Dhia," katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Bagi semua peminat drma TV3 terutama sekali dalam slot Akasia, jangan lupa untuk emnyaksikan drama penuh romantis dan emosi, 'Gemersik Kalbu' yang membariskan lakonan mantap daripada Aqasha, Ayu Raudhah, Fazreen Rafi, Zain Saidin, Anzalna Nasir, Dian P Ramlee dan ramai lagi bermula 2 Januari 2012," ujar Puan Hadzelynda lagi.




Sumber: GUA

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.