Tahun Baru Disambut Dengan Kelahiran 31 Bayi

Antara bayi-bayi yang selamat dilahirkan tanggal 1 Januari 2012.
(Sumber gambar: Sinar Harian)



KOTA BHARU - Kedatangan tahun 2012 amat bermakna bagi seorang ibu apabila melahirkan anak tanggal 1 Januari 2012 semalam. Seramai 31 bayi berjaya dilahirkan pada tahun baru di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, semalam.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut laporan, seramai19 bayi selamat dilahirkan di HRPZII, manakala 12 bayi lagi dilahirkan di HUSM, Kubang Kerian. Kira-kira 25 daripada 31 bayi tersebut dilahirkan secara normal, manakala selebihnya dilahirkan secara pembedahan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Pegawai Perhubungan Awam HRPZII, berkata, sehingga 4.20 petang semalam, 19 bayi dilahirkan di sini.sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Seramai 10 bayi perempuan dan sembilan bayi lelaki selamat dilahirkan di HRPZ II dan bayi pertama berjaya dilahirkan pada jam 12.31 pagi seberat tiga kilogram.

"Daripada jumlah ini, 17 orang ibu selamat melahirkan bayi mereka secara normal, manakala dua lagi melalui kaedah pembedahan," katanya.

Sementara itu, jurucakap HUSM berkata, seramai 12 bayi dilahirkan di sini sehingga jam 7 malam semalam.

"Seramai lapan bayi lelaki dilahirkan hari ini (semalam) dan empat lagi adalah bayi perempuan. Daripada 12 bayi berkenaan, lapan bayi dilahirkan secara normal dan selebihnya secara pembedahan.

"Bayi yang terberat setakat ini di HUSM Kubang Kerian adalah seberat 3.75 kilogram," katanya.

Turut berkongsi kegembiraan, seorang ibu, Rosnani Ibrahim, 32, dari Kampung Tok Dosoh, Bachok, gembira apabila dia berjaya melahirkan bayi lelakinya pada jam 1.31 pagi semalam di HRPZII.

Rosnani berkata, bayi keempatnya itu dijangkakan akan lahir 17 Januari depan, namun rezeki menyebelahinya apabila menyambut kelahiran lebih awal.





Sumber: Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.