'Syurga' Batu Batu Jalan Hablur Emas





JOHOR BAHRU - Penduduk di Jalan Mewah, Kampung Melayu Majidee di sini telah digemparkan dengan penemuan batu bersalut hablur emas. Ratusan individu di sini telah berlumba-lumba sejak empat hari lalu untuk mencari batu berkenaan yang dikatakan emas tulen.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Setakat semalam, kumpulan berkenaan hanya tinggal selangkah sahaja lagi untuk bergelar jutawan selepas wakil pemilik kedai emas yang beroperasi di sebuah pusat belih-belah di Tampoi mengesahkan ianya adalah emas tulen yang sebenar.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Bagaimanapun, perkara itu belum disahkan 100 peratus kerana banyak lagi kajian serta uji kaji yang perlu dilakukan sebelum menyatakan ketulan batu berkenaan sahih diseluputi emas tulen.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Idhma Mohd Diah, 36, berkata, wakil pemilik kedai emas yang mengunjungi tapak pencarian itu turut dikatakan menempah batu kononnya mengandungi hablur emas.

"Ada penduduk yang mengatakan batu yang dikumpul mereka itu sudah ditempah pembeli emas dengan harga mencecah RM15,000.

"Saya dan bapa menemui beberapa ketulan emas sejak mencarinya empat hari lalu," katanya.

Seorang suri rumah dari Stulang, Munawarah Rashid, 29, berkata, sejak jam 10 pagi hingga 3 petang semalam, dia dan suaminya telah mengumpul hampir 40 biji batu bersalut hablur dipepercayai emas.

"Kami bercadang untuk kembali semula ke sini pagi ini dengan harapan dapat menemui lebih banyak batu berkenaan.

"Saya mendapat berita mengenai penemuan batu ini daripada rakan yang mendakwa telah mengumpul 10 biji batu bersalut hablur emas dalam tempoh dua jam, kelmarin.

"Sekiranya ianya benar-benar emas tulen, kami menganggapnya adalah rezeki," katanya.

Menurut penduduk, Mohd Dia Abdullah, 63, berkata, suasana perkampungan itu bertukar riuh selepas penemuan batu bersalut warna keemasan terbabit.

Menurutnya lagi, individu pertama menemui batu itu adalah keluarga besannya, empat hari lalu.



Sumber: Harian Metro

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.