Suami Isteri Maut Bersama

Pihak bomba cuba untuk mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit. 
(Sumber gambar: Sinar Harian)


KUALA KUBU BHARU - "Dua-dua sekali pergi abang, yatim piatu bang," rintih Mohd Fizree Mohd Zakri, 25, anak kepada pasangan suami isteri, Mohd zakri Othman, 56, dan Latifah Hashim, 48, yang maut dalam nahas di Kilometer 419.5 Lebuhraya Utara Selatan dekat Bukit Tagar, di sini, kira-kira jam 2.20 pagi, semalam.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Moh Fizree adalah anak kedua kepada pasangan suai isteri yang maut itu cuba ditenangkan rakan serta ahli keluarganya ketika berada di Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) kerana tidak dapat menahan kesedihan sebaik melihat jenazah ibu dna bapanya yang diusung ke dalam van jenazah untuk dibawa pulang ke kampung mereka du Felda Hulu Jempol, Jengka, Pahang.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut mereka yang terselamat, mereka dalam perjalanan dari Alor Setar, Kedah setelah menghadiri satu majlis perkahwinan sepupunya di sana.sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Bagaimanapun, malang tidak berbau menimpa mereka apabila kereta jenis Proton Waja yang dipandu adiknya terbabas sebelum melanggar bucu pengadang lebuhraya sehingga menembusi kereta itu.

"Ayah saya meninggal dunia di tempat duduk penumpang bahagian hadapan dan ibu pula tercampak keluar dan meninggal dunia di situ.

"Hanya dua adik saudara saya sahaja yang terselamat dan mengalami cedera ringan dan menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh," katanya.

Menurut Fizree, bapanya meninggal dunia di tempat duduk penumpang bahagian hadapan akibat kecederaan parah di kepala akibat terkena bucu besi pengadang lebuhraya yang menembusi kereta kami sehingga ke bahagian tempat duduk belakang.

Sementara itu, ibunya maut akibat tercampak keluar dari kereta tersebut kira-kira du meter dan kepalanya dipercayai terhantuk kuat pada besi pengadang tersebut.

Menurutnya, dia menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan kira-kira jam 3 pagi dan kebetulan dia dan rakannya berada di Kuala Lumpur sebelum bergegas ke HKKB.

Sementara itu, abangnya, Mohd Fazriq Mohd Zakir, 28, bersama saudara lain datang dari Pahang untuk menuntut jenazah ibu bapanya di sini.

Kedua-dua jenazah dibawa pulang ke Felda Hulu jempol kira-kira jam 10.30 pagi semalam untuk dikebumikan di sana.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi yahya Affendi berkata, pihaknya ada menerima laporan berhubung kejadian malang menimpa keluarga berkenaan.

Menurut Norel Azmi, anggota Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dikerah ke tempat kejadian bagi membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit.

1 komen:

  1. sabarlah, itulah Qada dan Qadar dari Tuhan.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.