Sabariah: Saya Lega Amalina Kembali Tenang



SHAH ALAM - "Jika fitnah yang mengaibkan Ina (Amalina) dihentikan, saya akan batalkan niat untuk menyaman pihak yang terlibat."
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Demikian penjelan daripada Sabariah Hasssan, 52, ibu kepada Nur Amalina Che Bakri, 24, pelajar terbaik SPM 2004, yang kini boleh menarik nafas lega setelah pihak yang menyebarkan kritikan terhadap anaknya memberikan kerjasama baik dengan menutup akaun Facebook palsu yang menggunakan nama anaknya itu dan menghentikan penyebaran gambar serta fitnah di laman-laman blog.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurutnya, Amalina sudah tidak tertekan lagi dengan tindakan pihak-pihak yang cuba untuk mengaibkan maruahnya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Jika semua ini dihentikan, saya tidak akan mengambil tindakan saman dan setakat ini tidak terlalu melampau macam dulu, setelah saya dan Ina menjelaskan keadaan sebenar bagi membuka mata ramai pihak.

"Saya berasa lega kerana Ina tidak melatah dan bersikap profesional dalam menangani isu difitnah terhada dirinya. Malah saya juga berterima kasih kepada pihak pendidikan di Malaysia dan di UK yang telah memberikan sokongan moral kepada dia," katanya.

Menurut Sabariah, walaupun jauh tetapi beliau dapat merasakan anaknya seperti disisinya kerana hampir setiap pergerakan dan aktiviti Amalina akan diberitahu kepadanya setiap masa.

"Saya yakin Ina seorang yang berdikari dan berdisiplin, jika dia mahu buat sebarang aktiviti, di akan beritahu saya terlebih dahulu, malahan penggunaan kad kredit dia pun saya tahu," katanya.

Sebelum ini, blog Speaker Pecah telah memaparkan isu kontroversi mengenai Nur Amalina yang didakwa mengalami kejutan budaya apabila gambarnya mengenakan "legging" dan bergambar dengan seorang lelaki tersebar meluas di laman-laman sosial dan blog.

Nur Amalina yang sebelum ini telah dilabelkan sebagai "Pelajar Terbaik SPM 2004" berikutan keputusannya 17 A1 yang diperoleh dalam SPM, sebelum ini dikenali dengan imej bertudung dikatakan telah berubah dengan ketara apabila gambarnya yang menunjukkan pakaian beliau yang menjolok mata ketika belajr di United Kingdom.



Sumber: Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.