Sabariah: Nur Amalina Tidak Liar

Sabariah menunjukkan gambarseksi anaknya yang telah tersebar meluas
di laman-laman blog. (Sumber gambar: Sinar Harian)



JOHOR BAHRU - Seorang ibu kepada seorang pelajar pintar terkilan selepas anaknya telah dikaitkan dengan beberapa keping gambar yang didakwa anaknya telah menjadi liar tidak seperti tujuh tahun lalu yang disanjung masyarakat dek kerana keputusan yang cemerlangnya dalam SPM (17A1).


Nur Amalina Che Bakri, dahulunya dia sebagai idola yang membanggakan bukan sehaja kepada ibunya, malahan juga kepada negara sebagai Pelajar Terbaik SPM 2004.

Namun kini, setelah akaun Facebook peribadinya dicerobohi, nasib Nur Amalina sudah jauh berbeza.

Dia kini tidak lagi disanjung, sebaliknya dia dituduh sudah berubah dengan ketara sekali kerana mengalami kejutan budaya.

Beberapa keping gambarnya telah tersebar meluas di internet yang menunjukkan dia tidak lagi bertudung dan rambutnya diwarnakan.

Menurut ibunya, Sabariah Hasssan, 52, dia terkilan dengan dakwaan tersebut sekaligus membantah dan mempertahankan maruah anaknya itu.

"Tidak! Anak saya bukan gadis liar. Saya lebih kenal anak saya daripada orang lain. Sehingga sekarang, kami sering berhubung hampir setiap malam. Malah saya juga sudah berulang-alik pergi ke sana (United Kingsom) sejak dia menuntut di sana," kata Sabariah.





Beberapa keping gambar peribadi Amalina yang dikatakan seksi dan
terpengaruh dengan budaya Barat.


Menurut Sabariah, tuduhan kononnya Nur Amalina yang kini sudah berusia 23 tahun terjebak dengan kejutan budaya hidup di negara Barat hingga kini tidak lagi bertudung, juga adalah tidak benar dan fitnah semata-mata.

"Pada asalanya anak saya memang tidak bertudung. Orang yang melihat gambar dia semasa bersekolah menengah. Waktu itu memang dia bertudung ke sekolah," katanya.

Pelajar cemerlang itu kini denag mengikuti pengajian peringkat ijazah dalam dua bidang iaitu jurusan perubatan dan sains farmakologi di University of Edinburgh, Scotland bawah tajaan Bank Negara Malaysia.

Sabariah berkata, tuduhan kononnya Nur Amalina sudah berubah dengan ketara sehingga mewarnakan rambut, gemar bersosial malah menjalani kehidupan yang liar hanya fitnah semata-mata.

"Pelajaran anak saya tidak terjejas. Dia kini dalam proses menerbitkan buku yang akan digunakan oleh pelajar perubatan, pensyarah dan pengamal perubatan yang dihasilkan dengan bimbingan profesor di sana.

"Empat kajiannya telah diterbitkan sebagai jurnal dan dia akan menjalani praktikal di  Oxford bernula November ini," katanya.

Menurut ibunya lagi, dia mengetahui berita fitnah ini daripada Nur Amalina sendiri.

"Dia beritahu saya malam Isnin lalu, ketika kami berhubung di Skype. Amalina kata dia telah menerima 800 permohonan rakan baru di Facebook dari Malaysia dek kerana kontroversi itu. Tetapi dia hanya ketawa sahaja," katanya.

Kata Sabariah, kali terakhir mereka bertemu, 10 Disember lalu ketika dia ke sana untuk meraikan hari kelahiran Nur Amalina.

"Kepada pihak yang menyebarkan fitnah terhadap anak saya, harap mereka boleh fikir sendiri. Tiada seorang ibu pun yang mahu melihat anaknya sendiri dicaci maki," katanya.



Sumber: Sinar Harian

1 komen:

  1. mok berat nanang...bkn nk nsihat ank..g backup ad ar.. dunia akhir zman..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.