Remaja Parah Selepas Cuba Selamatkan Kawan Di China (Video)


HEILONGJIANG, CHINA - Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dikenali sebagai Guo Xiaoqi parah selepas dilanggar sebuah van di sini, kelmarin.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Dalam kejadian itu, mangsa yang berjaket hijau bersama-sama rakannya yang lain dikatakan cuba untuk menyeberangi jalan raya. Apabila Guo melihat sebuah van dipandu laju ke arah mereka, Guo menarik rakannya keluar dari jalan raya terbabit.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Tetapi nasib tidak menyebelahi Guo selepas dia sendiri yang dilanggar oleh van terbabit dan terpelanting kira-kira lima meter.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Selepas kejadian, Guo dikejarkan ke hospital berdekatan akibat kecederaan parah.

Doktor mengesahkan bahawa Guo mengalami keretakan tulang pelvis selain kecederaan di muka, telinga dan patah beberapa batang gigi.

Menurut Guo: "Saya tidak fikir banyak. Saya tidak boleh membiarkan rakan saya, Li Qiaoqiao tercedera kerana dia adalah kawan baik saya."

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.