Polis Berjaya Selesaikan Kes Pembunuhan Rozana

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah menunjukkan kad kredit milik Rozana (gambar kecil)
yang dirampas daripada suspek di Shah Alam, semalam. (Sumber gambar: Kosmo!)



SHAH ALAM - Kes pembunuhan seorang kerani bank, Rozana Mohd Yusak yang menjadi mangsa tikaman sebanyak 15 kali minggu lalu di rumah sewanya di Puncak Desa, Kepong, Gombak, diaggap sudah selesai. Kenyataan itu dijelaskan selepas pihak polis berjaya menahan lima suspek termasuk teman lelaki mangsa.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, berkata, mereka semua ditahan berasingan dengan tangkapan pertama dibuat terhadap dua lelaki berusia 19 tahun di Lembah Pantai, 29 Disember lalu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Kita berjaya menemui barangan dipercayai milik mangsa seperti motosikal, kad kredit, thumb drive, beg tangan, baju dan sepasang kasut yang masih mempunyai kesan darah.sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Seterusnya, seorang lelaki berusia 22 tahun diperayai positif dadah ditahan di Jalan Dato' Keramat dan Bukit Bintang 30 Disember lalu, juga menemui barangan milik mangsa seperti kad kredit dan komputer riba," katanya.

Usaha polis untuk memburu seorang lagi suspek membuahkan hasil setelah seorang suspek yang berusia 23 tahun menyerah dirinya sendiri di Balai Polis Gombak, kira-kira jam 4 pagi, semalam.

"Empat daripada suspek sudah ditahan reman sebelum ini.

"Kita percaya dengan tertangkapnya lima suspek utama ini dapat menyelesaikan kes pembunuhan kejam terbabit," katanya.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.