Pelajar USM Ugut Bom Helikopter PM Ditahan


GEORGETOWN -  Seorang penuntut Universiti Sains Malaysia (USM) kampus kejuruteraan di Nibong Tebal di sini ditahan polis hari ini bagi diambil keterangan berikutan tindakannya membuat kenyataan berbaur ugutan menerusi akaun Facebooknya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut kenyataan yang dipaparkan, penuntut yang berusia 23 tahun itu mengajak pihak lain  untuk meletakkan bom pada helikopter yang akan dinaiki oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak ketika lawatannya ke kampus minggu hadapan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Mengikut gambar yang telah dirakam, penuntut itu menulis "Najib datang ke kampus kita.... mari bom helikopter beliau."
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, pihaknya berjaya menahan pelajar tersebut kira-kira jam 9.25 pagi selepas kenyataannya dikesan seorang blogger yang menyatakan perkataan-perkataan tersebut mengandungi unsur jenayah.

"Satu laporan polis telah dibuat berhubung dengan isi kandungan blog itu di Balai Polis Jelutong," katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Pelajar tersebut dipanggil untuk memberi keterangan lanjut di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut Pulau Pinang, kira-kira jam 1.25 tengah hari.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan berkaitan dengan isi kandungan blog berkenaan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Sementara itu, Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob berkata, beliau mengesahkan tangkapan itu dan beliau juga akan mengadakan sidang media berkenaan mengenai perkara ini esok.






Sumber: Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.