Pekerja Tol Nyaris Temui Ajal

Keadaan pondok tol yang musnah diseret lori kontena di plaza tol Pedas-Linggi, kelmarin.



REMBAU - Seorang pekerja di plaza tol Pedas-Linggi nyaris maut apabila pondok tol yang didiami musnah selepas diheret sebuah lori kontena yang ketika itu pemandunya sudah selesai membayar tol.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Difahamkan, pada kejadian kira-kira jam 9 malam kelamarin (Rabu) itu, bekas kontena tersebut telah tersangkut di pondok tol berkenaan. Tanpa disedari, pemandu lori cuba untuk meneruskan perjalanan selepas membayar tol. Selepas beberapa meter lori tersebut bergerak dari pondok tol berkenaan, pemandunya berasa seakan-akan belakang lorinya tersangkut sesuatu.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Apabila pemandu tersebut meninjau di belakang lorinya melalui tingkap, dia terkejut apabila lorinya telah tersangkut dan mengheret pondok tol berkenaan.sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Pekerja tol, Siti Maslinda Sabyumin, 35, pada ketika itu menjaga tol di pondok yang keempat  berjaya melompat keluar dari pondok tol berkenaan.

Bagaimanapun, dia mengalami kecederaan di muka dan tangan sebelum dikejarkan ke Hospital Seremban.

Sementara itu, pemandu lori kontena yang berusia 34 berkata, dia dalam perjalanan untuk menghantar bekalan serat dari Kluang, Johor ke Pelabuhan Klang, Selangor, dan mengambil keputusan untuk balik ke rumahnya di Rantau terlebih dahulu.

Menurut sumber, sebaik sahaja pemandu lori tersebut selesai membayar tol, dia tidak menyedari bahawa bekas kontenanya telah tersangkut pada pondok tol berkenaan.





Sumber: NST

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.