Pegawai Kastam Turun Pangkat Selepas Tampar Pengawal Lapangan Terbang (Video)

Pegawai Kastam terbabit dilihat menampar seorang pengawal lapangan terbang.


BANGKOK - Kastam Thailand menurunkan pangkat seorang pegawainya selepas dia didapati bersalah kerana mencederakan seorang pengawal keselamatan lapangan terbang yang cuba untuk membuat pemeriksaan keselamatan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Kejadian ini mula diketahui umum selepas rakam kamera litar tertutup (CCTV) mengenainya dimuat naik ke laman YouTube.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Melalui rakaman itu, seorang pegawai kastam terbabit dilihat enggan diperiksa ketika berada di Lapangan Terbang Suvarnabhumi.
 sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
 Dia kemudian menampar telinga pengawal keselamatan itu sebelum menunjuk lencana dipakainya.

Pengawal keselamatan terbabit kemudiannya menunjukkan tanda hormat dan meminta maaf kepada pegawai terbabit.

Video rakaman tersebut telah dimuat naik pada Isnin lalu, dan ua menarik lebih 5,000 komen orang ramai yang marah terhadap insiden berkenaan.

Menurut Kastam Thailand, pegawai terbabit hanya dikenali sebagai Sombat dan kini telah ditugaskan untuk melakukan kerja pejabat.

Antara rakaman yang sempat dirakam:



Sumber: Harian Metro

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.