Nur Amalina Tegur Blogger Malaysia




JOHOR BAHRU - Pelajar Terbaik SPM 2004, Nur Amalina Che Bakri hari ini memohon kepada semua pihak terutama blogger supaya tidak lagi menyebarkan fitnah yang kononnya beliau telah berubah dek kerana kejutan budaya Barat berdasarkan beberapa keping gambarnya yang tidak bertudung telah tersebar meluas.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Jangan menilai seseorang itu daripada luaran sahaja," kata Nur Amalina sambil menyangkal fitnah yang melanda pada dirinya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Beliau berkata demikian menerusi sidang video 'Skype' di kediaman ibunya, Sabariah Hssan, semalam, juga turut terkilan dan kecewa dengan tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab menceroboh gambar peribadi miliknya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Bagi mereka (blogger) yang telah menyebarkan gambar-gambar tersebut diharap dapat hentikan kerana ianya mengaibkan tambahan pula ianya adalah gamba peribadi saya," tegas Nur Amalina.

Menurut Nur Amalina lagi, dia juga telah lali dengan perkara sebegitu kerana ianya bukanlah pertama kali difitnah.

"Saya sudah lali semua ini tetapi saya reda, sememangnya mulut orang memang tidak boleh ditutup," katanya.

Mengulas mengenai gaya dan fesyen pakaian yang disifatkan seksi seperti yang tersebar di laman blog, Nur Amalina menyifatkan tindakan itu melampui batas.

"Saya sememangnya tidak bertudung. Ketika sekolah menengah dahulu sahaja saya bertudung. Seluar yang saya pakai di dalam gambar tersebut adalah pemberian daripada mama.

"seluar itu mempunyai lapisan lain yang menyerupai kulit di bahagia dalamnya, ia tidaklah koyak seperti dilihat. Tidak mungkin saya akan memakai pakaian yang koyak untuk keluar," katanya.

Nur Amalina berkata, walaupun dia tidak bertudung, amalan wajib dan sunat seperti menunaikan solat dan membaca al-Quran tidak pernah dilupakan malahan amalan tersebut adalah kunci kejayaannya.

"Saya dari dahulu lagi tidak bertudung kecuali di sekolah pada masa dahulu. Walaupun begitu, saya tidak pernah melupakan perkara wajib dan sunat dalam Islam kerana mama saya sendiri yang telah mendidik saya sejak kecil.

"Saya tidak pernah melakukan perkara yang buruk ketika bersoial bersama rakan-rakan, sebaliknya ia adalah cara untuk melepaskan tekanan selepas penat mengulang kaji," jelasnya.

Nur Amalina yang kini sedang mengikuti penyelidikan mengenai barah ovari payudara berkata, fitnah yang telah tersebar itu tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus belajr bersungguh-sungguh.

"Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang memberikan nasihat, kata semangat atas apa yang berlaku terhadap diri saya," katanya.


Berikut adalah paparan video daripada Nur Amalina:









Sumber: Sinar Harian, Syoknyadownload

3 komen:

  1. Kalau dia yg betul2 buat pengakuan ni, tak pe. Sekurang2nye, dia tau ada org yang jatuhkan aib die. Kadang2 kita duk mengata orang itu ini, belum tentu baik lagi. Biase la manusia dengki dengan kejayaan orang.

    ReplyDelete
  2. blogger yg berkenaan sebenarnye adlah attention seeker, hoping to strike the public attention.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.