Nik Aziz Mahu Apex Kahwin Segera

Apex menerima simbolik kunci rumah daripada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sempena 
upacra Majlis Penyerahan Kunci Rumah di Pengkalan Chepa, semalam.



KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu penjaga gol sensasi Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat segera mendirikan rumah tangga supaya kehidupannya lebih sempurna.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut Nik Aziz, Islam menggalakkan orang yang sudah berkemampuan supaya cepat berkahwin (hukum harus).
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Ini penting untuk mengawal kita daripada melakukan dosa atau zina dan apabila sudah berkahwin, ianya lebih selamat untuk menjaga maruah diri.sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Khairul Fahmi adalah merupakan penjaga gol terbaik Asia dan menjadi idola rakyat Kelantan, saya sebagai Menteri Besar juga turut berbangga dengan kejayaannya apatah lagi dia berada dalam kawasan pilihan raya saya," katanya.

Nik Aziz berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Rumah kepada Khairul fahmi di Taman Kurnia Jaya, Kemumin, Pengkalan Chepa dekat sini, semalam.

Menrut beliau, kerajaan negeri Kelantan akan memberi hadiah atau ganjaran kepada rakyat yang cemerlang dalam apa jua bidang sebagai rangsangan.

"Mereka yang berbakat dan cemerlang ini perlu menunjukkan contoh yang baik, bebas salah laku sosial dan pengaruh dadah kerana dadah boleh memusnahkan kehidupan mahupun bangsa sendiri," katanya.

Khairul Fahmi yang mesra dipanggil Apez berkata, beliau menyerahkan soal jodoh kepada Allah SWT dan tidak mahu terlalu memikirkannya.

"Soal jodoh semua ini dilihat pada reseki, kalau tahun ini saya mendapat jodoh, maka tahun ini jugalah majlisnya, kalau tahun depan atau tiga tahun lagi pu saya terima," katanya.

Sementara itu, bapa Apex,, Che Mat Hussin, 59, ketika ditemui berkata, dia menyerahkan soal perkahwinan sepenuhnya kepada anaknya itu kerana menganggap Apez sudah matang untuk membuat sebarang keputusan.

Katanya, Apex mungkin mahu menumpukan perhatian kepada kariernya terlebuh dahulu.

"Saya sedia menerima sesiapa sahaja wanita pilihan hati dia, yang penting ialah matlamatnya dalam bidang sukan tidak terganggu kerana di masih muda," katanya.

Apex yang menerima anugerah Pemain Muda Terbaik dan Penjaga Gol Terbaik pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100 Plus-FAM 2011 November lalu tersenarai bersama Fadhli Shas dan Safee Sali dalam kesebelasan terbaik Asia pilihan laman web terkenal dunia, Goal.com.



Sumber: Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.