Negeri Sembilan Juara Piala Sumbangsih 2012 (Video)



Selepas berjaya merampas Piala Malaysia tahun lalu, kini kemenangan memihak sekali lagi kepada pasukan Hoben Jang Hoben dengan merampas takhta selaku juara Piala Sultan Ahmad Shah buat kali pertama selepas menewaskan juara bertahan, Kelantan dengan keputusan penuh 2-1 pada perlawanan Sumbangsih di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam semalam (Sabtu).
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com

Sebelum ini, Kelantan yang juga juara Liga Super, telah menewaskan pasukan Selangor 2-0 di Stadium Shah Alam pada musim lepas untuk merangkul piala itu buat kali pertama.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Pasukan 'The Red Warriors' membuka tirai percubaan sejurus empat minit babak pertama bermula menerusi penyerang import barunya musim ini dari Lubnan, Mohd Ghaddar.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Namun, aksi pasukan Negeri Sembilan sikit pun tidak menghampakan setelah penyerang importnya, Jean Emmanuel Effa Owona, hampir meletakkan pasukan itu di depan pada minit kesembilan menerusi tandukan, namun pemain pertahan Kelantan, Azizi Matt Rose telah menyelamatkan keadaan dengan menanduk keluar bola yang berpunca dari sepakan sudut.

Serangan bertubi-tubi daripada skuad Kelantan  memberi kebimbangan kepada jurulatih Peter james Butler akhirnya membuahkan hasil apabila penyerangnnya, Norshahrul Idlan Talaha mempamerkan skill menarik di dalam kotak penalti sebelum merembat masuk ke gawang pihak lawan pada minit ke-20.

Bagaimanapun, kegembiraan Kelantan tidak kekal lama apabila skuad Rusa berjaya menyamakan kedudukan selang 10 minit kemudian hasil sepakan mengelirukan oleh Effa Owona yang mengenai pemain pertahan Kelantan, Mohd Farishman Ismail sebelum membolosi gawang yang kawal oleh penjaga gol terbaik Asia, Khairul Fahmi Che Mat.

Aksi bertambah menarik pada babak kedua apabila kedua-dua pasukan saling berbalas serangan untuk mencari gol kemenangan.

Effa Owona sekali lagi mencuri tumpuan penonton di dalam stadium selepas dia sekali lagi berjaya menjaringkan gol pada minit ke-63 hasil tandukan  mengelirukannya selepas menerima hantaran Tengku Qayyum Ubaidillah.

Kelantan cuba bangkit untuk menyamakan kedudukan namun malang bagi skuad itu selepas tiupan wisel menandakan perlawanan telah pun berakhir oleh pengadi perlawanan, Shohkri Nor.

Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faiz berkenan untuk menyampaikan Piala Sultan Ahmad Shah kepada pasukan Negeri Sembilan.

Turut hadir timbalan presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mernagkap Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa dan Menteri besar Negeri Smebilan, Datuk Seri Mohamad Hasan.


Highligt:



Sumber: Encik Nakal

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.