Nazmi Faiz Bakal Ke Cardiff City ?



Desas-desus mengatakan pemain muda dari skuad Harimau Muda negara, Nazmi Faiz Mansor bakal ke Cardiff City. Informasi ini mula tersebar meluas selepas laman web walesonline di United Kingdom (UK), melaporkan yang kelab berpangkalan di Wales itu, mahu mengadakan perbincangan di meja bulat untuk membawa pemain termuda itu menjalani sesi latihan selama setahun di bawah pemerhatian jurulatih Malky Malkay.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Mengikut laporan sebelum ini, dua pemain kebangsaan, Safee Sali dan Syafiq Rahim telah diberi peluang menjalani sesi latihan dan percubaan selama 2 minggu. Teka-teki sama ada Cardiff City sedia memilih mereka atau tidak telah pun terjawab, dan kini Cardiff City lebih teruja untuk mendapatkan sentuhan pemain yang lebih muda untuk mewakili kelab itu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut laman itu lagi, perbincnagan sedang dijalankan dan ini adalah salah satu strategi pemilik Cardiff City itu sendiri seorang rakyat Malaysia, Dato' Chan Tien Ghee dan Vincent Tan untuk mengukuhkan hubungan antara kelab itu dengan tanah kelahiran mereka sendiri, terutama selepas pelancaran program  1Malaysia Cardiff City.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut Malky Malkay dalam laman web itu, pemain harus menyesuaikan diri dengan tempo laju dn mempunyai fizikal yang kuat dengan corak pemainan bola sepak di England seperti yang telah dipersempahkan oleh Safee Sali.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com

Beliau berkata, pemain itu perlu tinggal dan belajar dengan lebih lama lagi di kelab tersebut untuk menyesuaikan diri dengan gaya dan corak pemainan serta belajar mengenai aspek fizikal, nutrisi dan kecergasan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Kelab Cardiff City telah memberi peluang kepada pemain muda untuk menunjukkan kemampuan dalam pasukan utama, buktinya apabila mereka memberi peluang kepada pemain berusia 18 tahun, Joe Ralls bermain dalam skuad utama. Kemungkinan peluang Nazmi Faiz juga agak cerah jika benar beliau bakal dibawa ke sana.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut sumber, Cardiff City telah melahirkan beberapa pemain muda yang berbakat, antaranya kapten skuad kebangsaan Wales dan pemain Arsenal, Aaron Ramsey.
















Sumber: Portal Sukan

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.