Myvi 'Terbang' Atas Van

Keadaan kereta Myvi yang tersadai di atas bumbung sebuah van.


KOTA BHARU - Seorang jurujual nyaris maut apabila kereta yang dipandu jenis Perodua Myvi hilang kawalan dipercayai akibat tayar hadapan sebelah kiri pecah secara tiba-tiba sehingga menyebabkan kereta terbabit 'terbang' ke atas sebuah van yang di parkir di Jalan Long Yunus di sini, semalam.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Kejadiankira-kira jam 7.45 pagi itu dipercayai berlaku ketika jurujual terbabit dalam perjalanan ke tempat kerjanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Tayar hadapan sebelah kiri pecah secara tiba-tiba menyebabkan mangsa hilang kawalan sehingga melanggar pengadang jalan serta pasir sebelum keretanya terbabas dan 'terbang' ke atas bumbung van berkenaan.sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut saksi kejadian, Su Fatimah Ismail, 26, berkata, ketika kejadian dia berada di tempat kerjanya di Wisma Yati.



"Pada asalnya saya berada di dalam pejabat untuk menyiapkan kerja-kerja yang belum diselesaikan. Ketika itu, saya terdengar bunyi hon yang kuat sebelum terdengar satu dentuman yang kuat," katanya.

Bagaimanapun, Su berkata, dia hanya meninjau daripada tingkap penjabatnya itu tetapi tidak dapat melihat sepenuhnya kerana pada waktu itu masih gelap.

"Disebabkan idak dapt melihat sepnuhnya daripada tingkap pejabat, saya turun ke bawah untuk melihat keadaan yang lebih jelas, saya terkejut apabila melihat sebuah kereta Myvi berada di atas sebuah van ," katanya.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Idris Abd Rafar, mengesahkan menerima laporan kejadian.



0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.