'Mat Superbike' Mati Digilis Treler

Polis mengangkat mayat mangsa di Kilometer 1.9 Lebuhraya Duta 
Hulu Klang (DUKE), semalam.


KUALA LUMPUR - Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi (Superbike) maut selepas digilis oleh sebuah treler di Kilometer 1.9 Lebuhraya Duta Hulu Klang (DUKE) arah utara selepas Plaza Tol Sentul Pasar, di sini, semalam.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang itu dipercayai mangsa bergesel dengan kenderaan lain sebelum terjatuh ke atas jalan di lorong tengah lebuhraya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut sumber, sebuah treler di belakang mangsa dipercayai gagal mengelak lalu menggilis kepala mangsa.

"Treler terbabit bagaimanapun tidak berhenti selepas mengetahui kejadian itu sebaliknya meneruskan kembali perjalanan," katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Mangsa mati di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di kepala.

Mangsa dikenali sebagai Haslihan Abdul Hadi, 34, dari Taman Maznah, Klang.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat.

Saksi kejadia diminta menghubungi polis bagi membantu siasatan lanjut. (Rakan Cop - 03-21159999)

Kemalangan tersebut turut mengakibatkan kesesakan jalan raya sepanjang kira-kira dua kilometer.




Sumber: Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.