Manchester United Intai Frank Lampard

Lampard dikhabarkan mahu meninggalkan Chelsea.


Baru-baru ini, pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson bersedia untuk melakukan perpindahan dengan mendapatkan pemain tengah kelab Chelsea, Frank Lampard menurut akhbar Daili Mail.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Manchester kini terdesak untuk mencari pemain tengah yang kental bagi mengemudi barisan tengah ekoran kecederaan yang dialami pemain kelab itu seperti Tom Cleverly, Anderson, Young dan Darren Fletcher yang sehingga kini masih belum dapat diturunkan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Frank Lampard dikatakan mempunyai perselisihan dengan pengurus Rhe Blues, Andres Villas Boas dan beliau juga bukanlah pemain kesukaan AVB untuk diturunkan sebagai pemain utama, malahan dia juga kerap berada dibangku simpanan dan turun bermain hanya sekadar pemain gantian.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Keadaan ini tidak memberi sebarang impak kepada pemain England itu, yang amat dikagumi oelh Fergie sejak dahulu lagi. Khabar angin ada mengatakan Lampard akan meninggalkan Chelsea, jika tidak lagi menjadi pilihan utama pengurusnya dan masih mahu kekal di Liga Perdana Inggeris.

Sementara itu, United juga telah dikaitkan dengan pemain tengah Belanda dan Inter milan, Wesley Sneijder yang dikatakan bersedia untuk menerima gaji yang lebih rendah daripada apa yang diterimanya di Inter Milan, jika United bersedia mendapatkannya.

Selain United, Sneijder juga turut dikaitkan denagn seteru utamanya, Manchester City yang dikhabarkan mahu mendapatkan pemain itu berikutan kehilangan tonggak utama yang akan menyertai Kejohanan Piala Negara Afrika.



Sumber: Portal Sukan

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.