Majlis Pernikahan Ally Iskandar dan Farah Lee (Video)


Pengacara TV3, Ally Iskandar Mohd Mardzi, 36, akhirnya sah bergelar suami kepada Nurfarahin Romli, 23, atau Farah Lee dengan dua kali lafaz nikah dalam satu majlis pernikahan yang telah diadakandi Masjid Kristal, Kuala Terengganu, pagi Jumaat. Kedua-dua pasangan itu dinikahkan kira-kira jam 10 pagi oleh jurunikah Kampung Atas Tol, Kuala Terengganu, Mohd Abu Bakar.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Ally Iskandar segak bergaya mengenakan baju Melayu berwarna putih telah dinikahkan berwalikan bapanya, Romli Bin Ismail oleh jurunikah kawasan Kampung Atas Tol, Tuan Haji Mohd Abu Bakar dengan mas kahwin berjumlah RM250.

Bagi pihak belah lelaki, Ally Iskandar menerima 9 dulang hantaran daripada pihak perempuan iaitu set pakaian lelaki, sedulang manisan, sejadah dan jubah, kelengkapan baju melayu, gubahan bunga rampai, replika rumah, sebuah iPhone dan sebentuk cincin.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Sementara bagi pihak belah perempuan pula, Farah Lee menerima 7 dulang hantaran berupa gubahan sirih junjung, telekung dan sejadah, sebentuk cincin dan mas kahwin, sebuah rumah, sebuah MacBook Pro, sehelai baju kurung dan senaskah Al-Quran.

Ally dan Farah ditemukan oleh ahli keluarga mereka pada penghujung Ogos tahun lalu sebelum majlis merisik diadakan pada bulan Syawal tahun yang sama.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Farah masih menuntut di sebuah universiti di Korea Selatan dalam bidang kejuruteraan mekanikal manakala Ally pula adalah pemegang ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris dan Pengajian Filem, University of The Pacific, Stockton, California, Amerika Syarikat. Kedua-dua mereka dikatakan berasal dari Terengganu juga,
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut sumber, Ally Iskandar sebelum ini pernah bertunang dengan Naib Juara rancangan Gadis Melayu musim pertama iaitu Nur Aishah Zainal, 26, tetapi hanya bertahan selama lima bula apabila ikatan pertunangan mereka putus pada 30 Julai tahun lalu kerana tiada keserasian.



0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.