Lori Terjunam Dalam Gaung, Kelindan Tersepit


REMBAU -  Seorang pemandu dan kelindan lori bermuatan tanah lumpur nyaris temui ajal apabila kenderaan yang dinaiki mereka hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam 10 meter di Kilometer 238, Lebuhraya Utara-Selatan, semalam.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, lori berkenaan yang turut merempuh papan tanda iklan dipercayai dalam perjalanan dari Sungai Buloh, Selangor menuju ke arah Pasir Gudang, Johor.

Menurut pemandu berkenaan, Halim 38, kejadian berlaku bergitu pantas dan ketika kejadian beliau gagal mengawal kenderaan susulan ingin mengelak kereta yang secara tiba-tiba menghimpit lori yang dipandunya di bahagian kiri jalan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Akibat dihimpit, saya dengan spontan cuba untuk mengelak. Namun, saya gagal mengawal kenderaan lalu terbabas ke kiri jalan sebelum terjunam ke dalam gaung.

"Ketika itu, saya hanya fikir untuk segera keluar dari lori bersama kelindan, namun terpaksa meninggalkannya untuk mendapatkan bantuan awal di tepi jalan selepas usaha  membantunua yang tersepit gagal," katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Zamrus Zainal berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 5.10 pagi dan tiba di lokasi kejadian pada jam 5.20 pagi.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut Zamrus, dengan bantuan 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau dan Senawang, pihaknya berjaya mengeluarkan kelindan yang tersepit di bahagian tempat duduk penumpang hadapan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Mangsa yang dikejarkan ke hospital berhampiran bagi mendapatkan rawatan lanjut," katanya.






Sumber: Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.