Lelaki Nyaris Maut Diserang Harimau Sesat



INDIA - Seekor harimau bintang telah menyerang dan mencederakan empat orang awam selepas dipercayai tersesat ke kawasan kediaman penduduk di bandar timur laut, Guwahati di India, hari ini (semalam).
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com

Seorang  penduduk tempatan telah mengalami kecederaan parah selepas di serang harimau berkenaan selepas haiwan tersebut memasuki sebuah rumah di Jalan Nabagraha di kawasan kejiranan pusat Silphukhuri.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Seorang pemandu auto rickshaw berjaya menjerat harimau berkenaaan dan dimasukkan ke dalam sangkar sebelum Pegawai Jabatan Hutan tiba untuk memberi suntikan ubat pelali kepada haiwan berkenaan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut saksi, Nipu Das berkata: "Kami terkejut dengan kejadian itu yang berlaku di dalam rumah seorang penduduk yang telah menyerang tuan rumah terbabit."

Seorang mangsa telah mengalami kecederaan parah di kepala dan muka dan telah dikejarkan ke hospital berdekatan.

Menurut sumber, harimau tersebut telah dibawa oleh pegawai hutan untuk hantar ke Zoo Negeri Assam di Guwahati untuk membuat pemeriksaan.

"Kami percaya harimau berkenaan telah sesat dari sebuah bukit kecil berhampiran penempatan tersebut untuk mencari makanan," kata pegawai jabatan hutan.

Menurutnya lagi, bukit-bukau di sekitar Guwahati diselubungi hutan tebal.





Sumber: Daily Mail

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.