Lelaki Kahwin Dengan Mayat


PATTAYA: Satu majlis 'pahit manis' yang diadakan baru-baru ini menandakan permulaan dan perpisahan sepasang kekasih yang sudah sekian lama bercinta.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Dalam kisah cinta yang memilukan dan juga aneh, seorang lelaki Thailand mengadakan upacara pengebumian dan juga perkahwinan serentak untuk teman wanitanya yang mati mengejut sebelum mereka dapat berkahwin secara rasmi.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Chadil Deffy atau Deff Yingyuen, pengarah sebuah stesen televisyen di timur laut Thailand.

Sepanjang 10 tahun lalu, dia hanya memberi tumpuan terhadap hasrat untuk menyambung pelajaran dan kariernya selepas menamatkan pelajaran di Universiti Timur Asia, tempat dia berkenalan dengan Sarinya 'Anne' Kamsook.

Selepas menjalinkan percintaan dan tinggal bersama selama 10 tahun, Anne memutuskan untuk berkahwin. Namun, hasratnya tertunda kerana Deff mahu memastikan kariernya kukuh dulu tetapi berjanji untuk mengahwini kekasihnya itu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Bagaimanapun, Anne mati pada 3 Januari lalu selepas terbabit dalam satu kemalangan. Deff yang kesal kerana tidak sempat untuk menunaikan janji, akhirnya mengambil keputusan berkahwin pada hari pengebumian Anne, kelmarin.

Anngota keluarga dan rakan dijemput hadir menerusi Facebook untuk menhadiri majlis aneh berkenaan di sebuah kuil di Surin.

Deff yang berpakaian tuxedo pada majlis berkenaan dilihat menangis semasa menyarungkan cincin pada jari mayat Anne selepas dikahwinkan oleh seorang sami baru, yang mengikut tradisi penganut Budhha Thai, boleh menjamin perkahwinan yang berkekalan.

Pada majlis tersebut, mayat Anne dipakaian dengan pakaian serba putih dan diletakkan di atas papan.

Selepas menyarungkan cincin,Deff mencium tangan dan dahi pengantin perempuan, disaksikan oleh anggota keluarga.




Sumber: myMetro

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.