Lelaki Bogel Menjadikan Kanak-Kanak Tebusan Mati Ditembak (7 Gambar)


KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dari Kampung Baru di sini, menghadapi detik cemas apabila dia dijadikan tebusan oleh seorang lelaki bogel lebih lima jam dengan memasuki rumahnya, namun dia berjaya diselamatkan kira-kira jam 4.10 petang tadi.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Mangsa dapat diselamatkan selepas polis terpaksa melepaskan tembakan pada lelaki berkenaan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman berkata, polis terpaksa melepaskan empat das tembakan, yang mengenai rusuk kiri lelaki berkenaan untuk menyelamatkan mangsa.

"Kami terpaksa bertindak sedemikian kerana lelaki itu bertindak agresif, mangsa selamat dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut," katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut Zulkarnain, polis berhadapan dengan situasi getir apabila lelaki itu berada dengan mangsa di dalam bilik serta bersenjatakan pisau.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Lelaki yang berusia 34 tahun itu tidak menuntut wang tetapi mahu dadah dan jaminan untuk dia selamat.

Pakar psikiatri turut membantu dalam kejadian ini, lelaki berkenaan tiada rekod masalah mental," katanya lagi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, suspek masuk ke dalam rumah mangsa lalu bertindak mengambil sebilah pisau dari bahagian dapur lalu mengacukan di leher mangsa dan mengugut ahli keluarganya supaya tidak melawan. Rumah mangsa yang terletak di Jalan Raja Mahmud mempunyai tiga bilik berasingan.

Suspek kemudiannya membawa mangsa masuk ke dalam sebuah bilik utama.

Sehingga jam 3 petang tadi, pasukan keselamatan mendaptkan bantuan beberapa pakar dari HKL untuk memujuk lelaki berkenaan.

Pasukan keselamatam turut membawa teman wanita lelaki berkenaan ke lokasi kejadian untuk memujuk supaya membebaskan tebusan.

Menurut bapa mangsa, Syarudin, 47, yang juga seorang OKU, berkata, ketika kejadian dia berada dalam bilik dan lima ahli keluarga lain berada di ruang tamu.

Menurutnya, dia terkejut apabila suspek secara tiba-tiba masuk ke dalam rumah dan menarik salah seorang anaknya.

"Isteri, seorang lagi anak dan anak buah saya sempat berlari keluar untuk menyelamatkan diri.

"Saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana keadaan saya yang tidak mengizinkan dan suspek ketika itu sudah mengacukan pisau di leher anak saya serta mengugut akan mencederakan anak saya jika kami hampir dengannya," katanya.

Bagaimanapun, dia dibawa keluar oleh anggota polis dan suspek ketika itu sudah membawa mangsa ke dalam bilik.

Menurut sumber daripada polis, suspek dipercayai bukan salah seorang penduduk di sini, tetapi berasal dari Sabah serta mempunyai rekod jenayah lampau iaitu berkaitan samun dan pernah ditahan sebelum ini.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 3A Akta Menculik 1961.




Mangsa (tengah)

 
 Mangsa dilihat dibawa memasuki ambulans.

Mayat suspek dibawa keluar selepas polis melepaskan 4 das t
embakan ke rusuk kirinya.





2 komen:

  1. salam..ade TYPO laa admin~~> Ketua 'polus'....tq

    ReplyDelete
  2. terima kasih kerana menegur. sudah dibetulkan.. hehe

    ReplyDelete

Powered by Blogger.