Kereta Putus Dua, Seorang Maut

Seorang pihak polis melihat keadaan kereta yang terputus dua itu. 
(Sumber gambar: Sinar Harian)



KUALA LIPIS -  Hajat seorang lelaki yang menumpang rakannya untuk pulang ke Kuala Lumpur hanya separuh jalan sahaja apabila dia maut dalam satu kemalangan mengerikan di Kilometer 7, Jalan Lipis, Merapoh, kira-kira jam 1.10 petang, semalam.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Abdul Razak Hasan, berkata, Lee Weng, 60, bersama dua lagi kenalannya, Lee Tong Kee, 53, dan Sasitharan, 25, dalam perjalan dari arah Merapoh menuju ke Kuala Lumpur.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut Abdul Razak, sebaik tiba di temapat kejadian, kereta jenis Proton Wira dipandu Sasitharan dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan berkenaan.sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Pada masa yang sama, sebuah Pajero yang dipandu seorang lelaki datang dari arah Kuala Lumpur ke Merampoh merempuh kuat kereta Wira berkenaan sehingga menyebabkan Wiran tersebut terputus dua," katanya.

Abdul razak berkata, Lee Weng yang berada di tempat duduk sebelah pemandu mengalami kecederaan parah di kepala dan bahagian organ dalaman dan meniggal dunia serta-merta di tempat kejadian.

"Selain itu, Tong Kee yang duduk di tempat duduk belakang mengalami kecederaan parah di kepala dan dibawa ke Hospial Lipis untuk menerima rawatan dan kini dirujuk ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HSHA), Temerloh," katanya.

Beliau berkata lagi, Sasitharan dan pemandu Pajero berkenaan, Juraidi Shahruni, 42, hanya mengalami kecederaan ringan dan telah menerima rawatan di Hospital Lipis.

"Mayat Lee Weng dibawa ke Hospital lipis untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarganya.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.