Keputusan Perlawanan Liga Super 2012 (4 Video)

Di Stadium Jalan Besar Singapura, pendatang baru dalam Liga Super Malaysia 2012, skuad Lions XII bermula dengan aksi yang menyakinkan apabila skuad tersebut menjaringkan gol awal sekali gus mendahului daripada pasukan lawan, Kelantan. Namun kegembiraan itu hanya sementara selepas Kelantan bangkit dengan menjaringkan gol penyamaan sentuhan daripada Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-44. Dalam pada itu, Kelantan terus kehadapan selepas Muhammad Ghaddar menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-79 sekali gus Kelantan memastikan keputusan penuh 2-1 mengatasi Lions XII.


sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com


Sementara di Stadium Tuanku Abdul Rahman , Paroi pula, Negeri Sembilan bermula di hadapan selepas dua gol yang dijaringkan daripada pemain import, Effa Owona, masih belum cukup untuk membantu pasukan itu melakar kemenangan apabila Selangor bangkit semula menyamakan keputusan seri 2-2 , semalam.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com


Ranking teratas Liga Super telah dirampas oleh skuad berstatus kelab, T-Team selepas berjaya menjinakkan Kedah 3-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu hasil jaringan daripada Mohd Faiz Subri (min ke-12 dan ke-29) dan Zairo Anuar Zalani (min 33).
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Sarawak yang baru dinaikkan ke Liga Super musim ini, mengekori di tangga kedua malah berkongsi tempat itu dengan Felda United apabila masing-masing menumpaskan Kuala Lumpur dan Sabah 2-0 di Stadium Negeri, Kuching dan Stadium Hang Jebat, Melaka.




Di Stadium Perak, Ipoh, Perak, pula sentuhan pemain import turut menjulang Perak hasil jaringan tunggal daripada sepakan kencang kaki kanan daripada Mithal Kubala pada minit ke-75 sekaligus menewaskan juara Piala FA 2011, Terengganu dengan keputusan penuh 1-0.




Penampilan sulung juara Liga Perdana 2011, PKNS dalam Liga Super musim ini pula ditandai dengan sentuhan kecundang 1-2 kepada pelawat dari selatan semenanjung yang dikendalikan jurulatih baru K. Devan, Johor FC di Stadium Petaling Jaya.




Sumber: Encik Nakal

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.