KEPUTUSAN PENUH: Kelantan vs Kedah (3 Video)


Sebentar tadi telah tamatnya perlawanan antara Kelantan menentang Kedah dalam Liga Super 2012. Sejak dari awal permainan, skuad Kijang banyak menguasai bola dan memberi peluang kepada Kelantan untuk mendahului permainan dengan sepakan penalti daripada Mohammad Ghadar pada minit ke-35 selepas penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha dijatuhkan pemain lawan dalam kawasan kotak penalti.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com

Pada masa kedua perlawanan, skuad Kenari cuba bangkit untuk menyamakan kedudukan dengan rembatan Faizal Abu Bakar pada minit ke-69 hanya sekadar menggegarkan palang sahaja. Namun, nasib skuad itu bertambah malang selepas Norshahrul Idlan Talaha membuat jaringan cantik ke gawang Kedah pada minit ke-78. Peluang skuad Hijau Kuning nampak semakin hambar selepas penjaga golnya, Helmi Eliza Elias, membuat kesilapan di depan pintu gol sekaligus memberi peluang kepada Danny Antwi merampas bola tersebut sebelum merembat masuk ke gawang Kedah pada minit ke-93 dan menjadikan keputusan penuh 3-0 hingga tamat perlawanan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com

Gol Penalti Mohammad Ghadar


Gol Norshahrul Idlan Talaha


Gol Danny Antwi

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.