Kaki Hampir Putus Selepas Ditetak

Keadaan mangsa yang separuh sedar selepas mengalami kecederaan akibat
ditetak tiga orang lelaki semalam.



BUTTERWORTH - Sebahagian pelanggan yang sedang menikmati sarapan di sebuah restoran di Jalan Raja Uda di sini awal pagi semalam terkejut apabila mereka menyaksikan seorang remaja hampir maut ditetak oleh tiga lelaki bersenjatakan parang.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Kejadian kira-kira jam 4.15 pagi itu bukan sahaja mengejutkan malahan dilihat menyedihkan kerana mangsa ditetak berulang kali dibahagian dua belah kakinya hingga menyebabkan kaki kananya hampir putus.
 
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Lebih teruk lagi, ketiga-tiga suspek berkenaan masih sempat memastikan mangsa benar-benar cedera parah sebelum berhenti menetaknya dan berlalu pergi meninggalkan lokasi kejadian tanpa sedikit rasa belas kasihan.
 sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Zuklifli Alias yang dihubungi berkata, mangsa adalah remaja berumur 20 tahun itu dipercayai minum berseorangan sebelum diserang oleh tiga lelaki berkenaan yang secara tiba-tiba muncul menaiki dua buah kereta.

"Ketiga-tiga suspek terus meluru ke arah mangsa yang duduk di dalam restoran berkenaan sambil menetaknya berulang kali dengan menggunakan tiga bilah parang yang dibawa bersama.

"Pelanggan lain yang berada di dalam restoran berkenaan tidak berani menolong malah ada diantaranya menyelamatkan diri masing-masing selepas melihat kekejaman ketiga-tiga lelaki tersebut," katanya.

Beliau berkata, suspek hanya berhenti menetak selepas mendapati mangsa yang rebah mengalami kecederaan parah sehingga kaki kanannya hampir putus sebelum mereka melarikan diri.

"Mangsa yang dalam keadaan berlumuran darah dan separuh sedar kemudiannya dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya untuk menerima rawatan kecemasan.

"Pihak kami difahamkan mangsa masih belum sedarkan diri dan berada dalam keadaan kritikal kerana mengalam kecederaan parah dan kehilangan darah yang banyak," katanya.

Menurut Zulkifli, kes ini disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan akibat sengaja mendatangkan kecederaan parah dan berdasarkan siasatan awal pihaknya tidak menolak kemungkinan kejadian bermotifkan dendam.

Menurutnya lagi, saksi yang melihat kejadian tersebut diminta tampil membantu siasatan dengan membuat laporan dimana-mana balai polis yang berdekatan.


Sumber: Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.