Jual Anak Menerusi Facebook



RIYAHD - Seorang bapa dari Arab Saudi cuba untuk menjual anaknya menerusi Facebook dengan harga AS$20 juta (RM60 juta) bagi mengelak untul hidup dalam kemiskinan selepas perniagaan yang dijalankan secara haram ditutup.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Saud Bin Al Shahry mendakwa langkah itu adalah salah satu cara untuk dia terus menyara isteri dana anak perempuannya daripada dibelengu kemiskinan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurutnya lagi, dia bersedia ke mahkamah untuk menjual anaknya itu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Bagaimanapun, Saud telah menetapkan satu syarat sebelum menjual anaknya iaitu dia mahu tahu bandar mana pembeli itu menetap.

Lelaki berkenaan mengambil keputusan itu selepas bertanya sama ada pihak berkuasa boleh membantunya dari segi kewangan apabila perniagaan memungut hutang yang dijalankan sebelum ini ditutup, katanya kepada cawangan akhbar Qatar di Riyadh, Al-Sharq.

Permohonannya itu ditolak kerana usianya sudah menjangkau lebih 35 tahun.

Setakat ini, tindakannya tidak dilihat hanya sebagai gimik, atau jika benar, adakah beliau boleh menjual anaknya melalui Facebook tanpa tindakan undang-undang.

Di negara Arab Saudi, pemerdagangan manusia adalah satu kesalahan berat tetapi negara itu tidak memenuhi standard minimum antarabangsa, menurut Jabatan Negara Amerika Syarikat.

Menurut laporan, Facebook tidak mungkin membenarkan penjualan seumpama itu dilakukan menerusi laman webnya.

Menurut kenyataannya mengenai Hak dan Tanggungjawab, pengguna tidak dibenarkan meletakkan kandungan atau mengambil sebarang tindakan dalam Facebook yang melanggar hak asasi ornag lain atau yang melanggar undang-undang.

Menurut fakta, hampir separuh daripada kanak-kanak di Arab Saudi berdepan dengan keganasan rumah tangga atau penderaan lain, kata kumpulan hak asasi negara itu, Persatuan Kebangsaan Untuk Hak Asasi.


Sumber: Harian Metro

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.