Jay Minta Maaf, Tersasul Sebut Nama Anwar (Video)



SHAH ALAM - Seorang penyampai berita TV3, Nur Jamalina Jamali atau Jay, memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana tersilap menyebut nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, sebagai nama ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam berita "Buletin Utama", malam tadi.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Saya ingin memohon maaf tersasul ketika Buletin Utama sebentar tadi (semalam). Tidak disengajakan," katanya menerusi mesej Twitter malam tadi.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Beliau memohon maaf ekoran ada beberapa pihak telah mengkritik kesilapan beliau itu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Bagaimanapun, sebahagian besar pengikut dan penyokong Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak kelihatan menerima permohonan maaf itu sambil menyifatkan ia bukan sesuatu yang disengajakan.

Misalnya, seperti blog nescafeais menyebut, "perhatikan saat ke-50... bukan isu besar pun... cuma kelakar... sebut nama musuh kot...hahaha."

Bagi blog muzammilarif dengan tajuk "Maafkan Jay tersasul sebut Anwar pasal aktiviti PM" dengan menulis, tengah sedap melayan Buletin TV3 malam tadi, pembaca berita yang bernama Nur Jamalina yang juga adalah calon dalam dua kategori iaitu Ulasan Berita Radio Terbaik dan Penyampai Berita Radio Terbaik bagi tahun 2010 membuat kejutan apabila tersasul menyebut nama Perdana Menteri sebagai Anwar Ibrahim. Beliau kemudian memohon maaf menerusi mikroblog twitter..."

Menurut sumber, Jay tersasul apabila berkata, "wartawan TV3 di Johannesburg melaporkan, lawatan Datuk Seri Anwar itu... lawatan Datuk Seri Najib itu dijangka..."

Anwar Ibrahim sebelum ini pernah memegang jawatan timbalan perdana menteri sebelum dipecat pada September 1998.

Berita itu telah merujuk kepada lawatan Datuk seri Najub ke Afrika Selatan bermula semalam.

Jay merupakan salah seorang pembaca berita setiap jam dan laporan trafik terkini di Hot FM dan dikatakan, beliau membaca berita Buletin Utama secra sambilan.




Berikut adalah video bahagian Jay tersasul:


Sumber: Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.