Janda Hattan - Farah Othman Dianiaya


Seperti yang kita sudah sedia maklum, kebahagian yang dikecapi di atas perkahwinan antara Hattan dan Farah Othman hanya mampu bertahan selama 63 hari sahaja. Mereka telah disahkan menjadi pasangan suami isteri pada 11 November 2011 dan bercerai pada tarikh 12 Januari 2012 di Mahkamah Rendah SYariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Selang beberapa hari selepas penceraian, timbul pula spekulasi yang mengatakan penceraian mereka berpunca daripada gambar peribadi Farah Othman yang dilihat berpelukan bersama seorang lelaki di atas katil. Namun, Farah Othman menjelaskan bahawa gambar yang tersebar di internet itu bukan penyebab penceraian yang berlaku.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Impak daripada ini, Farah Othman tampil memberi kenyataan kepada pihak media.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Memang benar itu gambar saya. Tapi penceraian saya dengan Hattan bukanlah disebabkan oleh gambar tersebut. Saya tahu ramai yang percaya dan sudah tiba masanya untuk saya menjelaskan perkara yang sebenar.

"Itu adalah gambar peribadi saya yang diambil lebih kurang lima tahun lalu. Kenapa setelah saya berkahwin ada orang yang nak sebarkan gambar itu ?
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Saya ada maruah dan keluarga. Bila tersebar gambar berkenaan, memang saya malu dan reputasi saya jatuh. Orang sekeliling tidak tahu apa yang terjadi sebenarnya, sebaliknya mereka percaya bulat-bulat.

"Lagi satu, saya bukan artis! Saya hanya orang biasa dan tidak sepatutnya mereka sebarkan gambar berkenaan. Itu cukup mengaibkan diri saya," katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut Farah, walaupun dia redha dengan apa yan berlaku, namun dia tetap sedih dengan penceraian itu.

"Say sangat sedih dengan penceraian kami tetapi saya optimis dnegan perjalanan hidup. Saya nak orang tahu yang saya tak menyesal berkahwin dengan Hattan.

"Biarpun banyak dugaan yang datang, saya yakin ada hikmah di sebaliknya. Saya cuma sedikit kesal apabila ada pihak yang menjaja cerita kononnya kami telah bercerai talak tiga di awal perkahwinan dulu.

"Itu memang satu berita yang tidak benar dan sangat mengaibkan.

Farah berkata, gambar itu tersebar berpunca daripada individu yang mengodam email miliknya sebelum ini.

"Apabila penggodam ini menceroboh e-mel, menyebar gambar saya dan melakukan penganiayaan siber, reputasi saya sebagai usahawan terjejas. Kalau dengan pelanggan luar negara tida ada masalah tetapi jika dengan pelanggan dalam negara macam mana ? Saya perlu bersihkan nama saya yang tercalar," ujarnya lagi.

Menganggap perbuatan khianat itu sesuatu yang serius, tindakan akan dibuat sekembalinya Farah dari Hong Kong kelak.

"Saya akan ke Hong Kong untuk urusan perniagaan. Sekembalinya  saya nanti, saya mahu bersihkan nama saya. Saya sudah berbincang dengan peguam saya untuk mengambil tindakan terhadap beberapa blog hiburan yang menyiarkan gambar saya," tegas Farah.

1 komen:

  1. sabar je lah farah wei..semoga si pemfitnah tu akan disiksa di dunia n akhirat. Amin...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.