India Perkenalkan DC Avanti (4 Gambar)


NEW DELHI - Firma reka bentuk, DC Design telah memperkenalkan jentera supercar pertama India yang diberi nama DC Avanti.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Jentera tersebut telah dilancarkan oleh pelakon terkenal Bollywood, Amitabh Bachchan pada Ekspo Motor Delhi 2012, kelmarin (Khamis).
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Kereta tersebut telah dikuasakan oleh unit enjin bersesaran 2.0 liter empat silinder yang mampu manghasilkan kuasa sehingga 240 kuasa kuda.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut laman RushLane semalam, enjin daripada Ford Ecoboost yang ditala khas untuk menjana lebih kuasa tersebut dipadankan dengan kotak gear manual enam kelajuan.

Selain tiu, jentera tersebut dipasang dengan rim aloi bersaiz 19 inci, kelajuan maksimum yang dihadkan secara mampu dicapai oleh DC Avanti ialah 250 kilometer sejam (km/j).

Jentera itu akan mula dijual di pasaran pada tahun 2013 di semua pengedar DC di seluruh India.

Bakal diproduksi pada tahun 2013, ia merupakan ciptaan pereka Dilip Chhabria.

Menurut sumber, kereta tersebut akan dijual pada harga kira-kira AS$70,000 (RM220,219).

"Kami sangat teruja untuk memperkenalkan DC Avanti pada hari ini (kelmarin). DC Avanti bukan sekadar menjadi manifestasi kepada minat yang mendalam terhadap kereta sport.

"Malah ia membuktikan kemampuan kami yang kini sudah bergerak daripada penggayaan kepada penghasilan prototaip penuh," katanya.

DC dilihat telah mengikut langkah banyak firma reka bentuk Itali seperti Bertone, Ghia, Pininfarina dan Stola yang turut menghasilkan kereta edisi terhad masing-masing untuk dijual kepada pasaran umum.

Tempahan berdasarkan kepada "siapa cepat, dia dapat" akan dibuka sebaik sahaja ekspo itu berakhir.



Berikut adalah reka bentuk keseluruhan DC Avanti:




0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.