Ibu Amalina Beri Amaran Kepada Penyamar

Salah satu akaun Facebook yang dipalsukan oleh pihak tidak bertanggungjawab.



SENAI - Beberapa hari lalu memberi tamparan hebat buat pelajar cemerlang SPM 2004, Nur Amalina Che Bakri selepas didakwa mengalami kejutan budaya, gadis 23 tahun itu dieksplotasi pula menerusi akaun Facebook palsu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut sumber, kehadiran akaun Facebook palsu itu dikesan aktif pada 2 Januari lalu, selepas Nur Amalina menutup akaunnya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Ibunya, Sabariah Hassan, 52, menyedari mengenai kewujudan akaun plasu tersebut selepas dimaklumkan oleh Nur Amalina menerusi Skype.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Ada dua akaun yang menyamar menggunakan nama Nur Amalina Che Bakri dan Amalina Che Bakri.

"Saya beri amaran kepada penyamar tersebut untuk menutup akaun ini dalam tempoh tiga hari. Jika tidak, saya akan laporkan kepada polis untuk tindakan undang-undang.

"Saya memang kesal dan kecewa, ada pihak tidak bertanggungjawab yang memainkan nama dan maruah anak saya," katanya.

Menurut Sabariah, dia tidak mahu orang ramai keliru kerana anaknya kini tidak lagi mempunyai akaun Facebook, selepas insiden gambar peribadinya dimuat naik ke laman web dan didakwa liar, selain gagal dalam pelajaran.

Nur Amalina suatu ketika dahulu telah dijulang berikutan kejayaannya memperoleh 17A1 dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2004 dan dinobatkan sebagai pelajar terbaik negara.

Bagaimanapun, isu peribadi beliau mula menjadi bualan, selepas tersebarnya gambar peribadi beliau yang menunjukkan beliau tidak memakai tudung, mewarnakan rambut selain dianggap liar, berbanding imejnya sebagai pelajar pada 2004 lalu.

"Ina (Nur Amalina) seorang anak yang baik dan penyabar. Saya tidak mahu berita mengenainya disensasikan, biarpun saya yakin ia tidak akan menggugat pengajiannya.

"Saya kesalkan, mengapa anak saya diperlakukan sebegitu ? Apa kesalahannya ?," katanya.

Sabariah berkaa, akaun Facebook dengan nama Nur Amalina Che Bakri telah lama wujud, namun ia hanya mengambil keratan akhbar kejayaan anaknya.

Namun, akaun yang menggunakan nama asal Nur Amalina sebelum ini telah memaparkan gambar peribadi anaknya.

Nur Amalina sedang menyambung pelajaran di Universiti Edinburgh, Scotland, di dua bidang ijazah, iaitu perubatan dan sains farmakologi, ditaja sepenuhnya oleh Bank Negara Malaysia dan bakal menamatkan pengajiannya November tahun depan.




Sumber: Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.