Harimau Muda Raih Insentif RM1 Juta Telekom Malaysia




Skuad Harimau Muda (bawah 23 tahun) akan menerima insentif RM1 juta Telekom Malaysia (TM) setelah berjaya membawa pulang 'ibu emas' pada Sukan Sea di Jakarta, November lalu, tetapi ianya sedang dipertimbangkan dan diusulkan kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah sedikit masa lagi.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Sekiranya usul itu diluluskan, skuad Harimau Muda bakal menerima habuan terbaru itu tidak lama lagi. Sebelum ini, kejayaan skuad ini mempertahankan pingat emas Sukan Sea 2011, diiktiraf ramai dan masing-masing menerima habuan yang lumayan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut Setiausaha Agung, Datuk Azzuddin Ahmad, draf cadangan pemberian insentif itu sudah lengkap dan hanya menunggu kelulusan Sultan Ahmad Shah yang juga pengerusi Jawatankuasa Kewangan FAM.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Kami Sudah membuat cadangan mengenai insentif itu dan akan diserahkan kepada Tuanku untuk mendapatkan perkenan baginda terlebih dahulu. ketika ini,  baginda masih di luar negra, selepas baginda pulang, perkara ini akan dimaklumkan kepadanya," katanya.

Semalam, akhbar Harian Metro pada ruangan Arena, memaparkan kenyataan Ketua Pegawai Pemasaran TM, Datuk Rozalila Abdul Rahman bahawa syarikat peneraju jalur lebar serta maklumat dan komunikasi itu tidak mempunyai masalah untuk menyumbangkan peruntukan insentif RM 1 juta kepada skuad juara Sukan Sea kendalian Ong Kim Swee.


Sumber: Portal Sukan

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.