"Hablur Emas" Bertukar "Emas Dungu"

Penduduk kampung mencari "hablur emas" yang dikatakan emas
tulen di Kampung Majidee, semalam.


JOHOR BAHRU - Kesemua ketulan batu hablur emas itu bukannya emas tulen. Jabatan Geosains telah mengesahkan bahawa ketulan emas yang ditemui di Kampung Majidee empat hari lalu sebenarnya pyrite besi sahaja.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Pengarahnya, Shahar Effendi Abdullah Azizi, berkata, samel telah diambil dari tapak berkenaan dan menunjukkan ianya bukanlah emas tulen yang telah digembar-gemburkan. Pyrite besi disifatkan oleh warnanya yang keemasan, yang memberikan kilauan hampir sama dengan emas.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Kampung Majidee adalah penempatan kecil. Ketulan keluli tersebut biasanya dijumpai di granit yang digunakan dalam pembinaan projek-projek naik taraf jalan dan pyrite adalah mineral yang biasa.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Shahar berkata, pyrite juga dikenali sebagai "emas dungu" kerana warnanya yang kekuningan.

"Ianya tidak mempunyai nilai dan saya berharap semua orang tidak akan mencarinya lagi.

"Saya difahamkan bahawa batu-batu pyrite ini datang dari Kulai Jaya untuk menaik taraf jalan dan sistem perparitan di sini," katanya.

Dek kerana bermati-matian untuk mencari "hablur emas" itu, jalan raya di kampung tersebut telah rosak akibat digali oleh orang ramai dan ianya mungkin mendatangkan masalah kerana ia adalah satu kesalahan kerana merosakkan harta kerajaan.

Jika didapati bersalah, seseorang itu boleh dikenakan denda sebanyak RM10,000 dan penjara sehingga setahun.

Menurut Shahar, laporan itu telah dikemukakan kepada Pejabat Tanah dan Galian Johor untuk tindakan lanjut.

Empat hari lalu, perkampungan Kampung Majidee bertukar kecoh selepas salah seorang penduduknya menjumpai "hablur emas" yang didakwa emas tulen sebelum membuat aktiviti menggali jalan raya beramai-ramai.




Sumber: NST

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.