Gran Turismo 5 XL Berada Di Pasaran 17 Januari




Gran Turismo 5 sepatutnya telah dijual pada bulan November 2010 lalu. Tetapi Sony dan syarikat Polyphony Digital masih belum selesai untuk meningkatkan mutu permainan video tersebut. Dalam masa dua minggu lagi,  permainan tersebut akan berada dipasaran dengan harga yang berpatutan.


Hari ini (Sabtu), Blog PlayStation telah mengumumkan, harga Grand Turismo 5 Edisi XL  adalah $40 (RM125.90) untuk konsol PlayStation 3 yang akan dipasarkan pada 17 Januari 2012 depan. Pembelian permainan ini adalah termasuk tajuk, semua kemas kini Spec 2.0, dan baucar hebat untuk lima pek kandungan yang dimuat turun. Pek DLC adalah termasuk dalam Pek Kereta Lumba (Racing Car Pack), Pek Kereta 2 (Car Pack 2), Pek Kursus, Pek Gear Lumbadan Pek Warna.

Untuk info lanjut, boleh lihat PlayStation Blog.




Sumber: Gamespot

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.