Gol Tim Howard Termasuk Dalam "10 Gol Terbaik" (Video)

Tim Howard dan rakan sepasukan meraikan jaringan gol daripadanya.



LONDON (AP) - Tim Howard menjadi penjaga gol keempata selepas berjaya menjaringkan gol kepada pihak lawan dalam Liga Perdana apabila pemain itu menyepak bola dalam keadaan angin kencang kira-kira 100mph dan sebelum menerima kekalahan Everton kepada Bolton 1-2, malam semalam (Rabu).
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Gol daripada Howard memberikan Everton mendahului pada minit 63 di Goodison Park. Sepakan kaki kanannya dari jarak lima meter di dalam kawasan kotak penalti sendiri membantu Everton selepas angin kencang meniup bola tersebut dan terus masuk ke gawang pihak lawan, sementara penjaga gol Bolton, Adam Bogdan tidak dapat mengawal bola tersebut kerana terlalu laju.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Saya berasa gembira kerana pasukan kami pada masa itu dalam usaha untuk mengejar tiga mata penuh, tetapi gagal selepas Bolton berjaya menjaringkan 2 gol," kata Howard kepada media Sky Sport.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Pada ketika itu ada angin kencang yang berpusar dan terus membantu sepakan saya masuk ke gawang lawan. Bermain dalam keadaan berangin amat sukar berbanding bermain dalam keadaan bersalji, hujan, dan panas terik," katanya lagi.

Sementara itu, Bolton mula bangkit dengan jaringan daripada David Ngog pada minit 67 dan Gary Cahill di minit 78.

Selain Tim Howard, penjaga gol lain yang telah menjaringkan gol dalam Liga Perdana Inggeris adalah Peter Schmeichel, American Brad Friedel dan Paul Robinson.

Friedel telah menjaringkan gol untuk Blackburn dengan sepakan penjuru di Charlton di minit 90 pada 21 Februari 2004, malangnya Claus Jensen telah menjaringkan gol beberapa saat selepas itu sebelum kemenangan memihak kepada Charlton dnegan keputusan 3-2.

Menurut laman Mirror FootBall, jaringan gol daripada Tim Howard telah termasuk dalam rekod bola sepak bagi kategori "10 Gol Terbaik".



0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.