Facebook Buka Pejabat Baharu Di California

Ibu pejabat baharu Facebook di Taman Menlo, California.


TAMAN MENLO (AS) -  Ibu pejabat baharu bagi laman sosial popular dunia, Facebook telah dibuka di Taman Menlo, California di sini.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Pejabat tersebut terletak di kawasan seluas 23.06 hektar yang merupakan bekas ibu pejabat syarikat Sun Microsystem.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut sumber, hampir 2,000 pekerja Facebook bekerja di ruang seluas satu juta meter persegi itu.

Ruang dala ibu pejabat Facebook itu kelihatan santai dan dipenuhi dengan cita rasa golongan muda seperti dinding yang diconteng dengan grafiti.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Sementara itu, di New Delhi, India, Mahkamah Tinggi Delhi mengancam menyekat beberapa laman web popular termasuk Facebook dan Google melainkan pihak berkenaan mengambil langkah untuk membuang kandungan yang menyinggung perasaan dan tidak menyenangkan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Kamu (Facebook dan Google) perlu melakukan pengawasan ketat. Jika tidak, kami akan memberi arahan untuk diluluskan bagi menyekat semua laman web seperti yang dibuat di China," kata seorang hakim.

Hakim Suresh Kait menyataka: "Facebook dan Goolge perlu membina mekanisme untuk memeriksa dn membuang bahan yang boleh menyentuh sensitiviti sesebuah masyarakat."

Bulan lalu, Menteri Komunikasi, Kapil Sibal berjanji akan membasmi kandungan internet yang disifatkan pemerintah sebagai "tidak boleh diterima".
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Kandungan seperti itu, katanya termasuk gambar bogel palsu pemimpin-pemimpin politik India dan imej agama yang dianggap sensitif.





Sumber: Kosmo!

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.