FA Dedah Keterangan Suarez

Suarez mengatakan sesuatu berbaur perkauman kepada Evra di Anfield, 
Oktober lalu. (Sumber gambar: The Sun)
 FA telah mendedahkan perkara sebenar apa yang telah berlaku antara Suarez dan pemain Evra di sidang media semalam.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Bintang Liverpool, Suarez telah dikenakan tindakan digantung lapan perlawanan selepas mengatakan sesuatu berkaitan perkauman kepada pemain pertahanan Manchester United itu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Suarez menggelar Evra 'negro' (orang kulit hitam) sebanyak tujuh kali dalam pertembungan Liga Perdana di Anfield, Oktober lalu.
 sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Laporan daripada suruhanjaya bebas berkata, Evra bertanya kepada Suarez mengapa dia ditendang, penyerang Liverpool itu emnjawab dalam bahasa Sepanyol: "Porque tu eres negro", yang diterjemahkan "sebab kau hitam (negro)".

Evra berkata, dia akan menumbuk sekiranya Suarez mengulangi ayat tersebut seperti yang dikatakan Suarez "No hablo con los negros" atau "Saya tidak akan bercakap dengan orang kulit hitam."

FA menggunakan bantuan pakar-pakar linguistik untuk menyiasat bahasa kasar yang dikatakan oleh Suarez itu.

Menurut FA, Suarez telah berjanji tidak akan mengulangi kesalahan yang dilakukan terhadap Evra di masa akan datang.

Dalam pertemuan bersama Suarez, ada laporan mengesahkan keterangan daripada Suarez tidak boleh dipercayai dan tidak konsisten kepada suruhanjaya itu.

"Keterangan yang diberikan oleh Suarez seperti tidak benar dan tidak sama apa yang terjadi didalam rakaman video.

"Sebagai contoh, Suarez berkata dia hanya memegang Evra untuk meredakan keadaan semasa perlawanan tersebut.

"Beliau juga mengatakan penggunaan perkataan 'negro' itu adalah sekadar untuk bersuka-suka dan untuk pendamaian. Kami terpaksa menolak bukti itu.

"Ianya tidak logik kerana kami telah melihat rakaman video yang menunjukkan pertengkaran itu berlaku dan tiada unsur untuk berbaik semula.

"Ini sekali gus membuatkan kami kurang percaya dengan kenyataan Suarez itu lagi kerana ianya amat bercanggah.

Liverpool kini hanya mempunyai 14 hari sahaja lagi bagi membua keputusan sama ada untuk merayu terhadap pengharaman Suarez dan denda sebanyak £40,000 (RM196,679)


0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.