Empat Maut Selepas Honda Hempap Kancil (Video)

Pihak bomba dan penyelamat berjaya mengeluarkan mayat mangsa
yang tersepit di dalam kereta Kancil.


KUALA TERENGGANU - Seramai empat lelaki menjadi korban dalam satu kejadian kemalangan yang membabitkan tiga buah kereta di Jalan Tengku Mohamad, berdekatan Taman Semarak di sini, semalam.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Kejadian berlaku kira-kira jam 6.30 petang itu dipercayai melibatkan sebuah kereta jenis Honda, Perodua Kancil dan Proton Persona.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Antara mangsa yang maut dalam kejadian berkenaan dikenali sebagai Nor Azni Mat Jusoh, 21, dari Felda Mengkawang Ajil bersama rakannya, Mohd Zaini Abdul Razak, 43, dari Ayer Keroh, Melaka. Kedua-dua mangsa dipercayai pemandu dan penumpang kereta Perodua Kancil.

Sementara dua lagi yang maut adalah tenaga pengajar di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Terengganu di kenali sebagai, Mohd Faris Shaimi, 26, dari Perak dan seorang lagi, Mohd Rizal Ibrahim, 30, dari Baling, Kedah yang merupakan pemandu dan penumpang kereta jenis Honda.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Bagaimanapun, seorang mangsa iaitu pemandu kereta jenis Persona, Nooriana Mohammad, 35, yang juga saksi kejadian tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Menurut Nooraini, kejadian berlaku ketika dia dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu menuju ke rumahnya di Wakaf Tengah.
Menurutnya lagi, ketika dia melalui Jalan Tengku Mohamad, sebuah kereta jenis Honda dari arah bertentangan tiba-tiba terbabas sebelum 'melayang' ke laluan sebelah kiri sebelum menghempap kereta Perodua Kancil di hadapannya.

"Ketika itu, saya menaiki kereta Proton Persona dan berada di belakang sebuah kereta Kancil yang dinaiki dua lelaki.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Tiba-tiba saya terlihat kereta Honda dari arah bertentangan 'melayang' sebelum menghempap bahagian atas kereta kancil menyebabkan seorang penumpang kereta Honda tadi melambung keluar," katanya.

Difahamkan, kereta Honda itu turut melanggar bahagian hadapan keretanya dan menyebabkan dia terbabas.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Saya nampak dua lelaki yang berada di dalam kereta Kancl itu tersepit sementara seorang kereta Honda pula melambung sejauh lebih 10 meter," katanya lagi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Abdullah Zawawi Moham berkata, beliau mengesahkan kesemua mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

"Empat mangsa yang maut kesemuanya adalah lelaki sementara pemandu kereta Persona yang merupakan seorang perempuan terselamat dalam nahas berkenaan, " katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com





Sumber: Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.