Dua Beranak Dirempuh Dua Kali

Keadaan mayat kedua-dua mangsa yang tercampak diatas jalan selepas
dirempuh.



KERDAU - Dua beranak temui ajal selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya dipercayai ketika seorang bapa menghantar anak perempuannya ke sebuah sekolah berhampiran kira-kira jam 8 pagi, semalam.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut Polis Daerah Asisten Komisioner Mohd Nor Mansor, mangsa mati dikenali sebagai Fauzil Harun, 56, seorang pesara manakala anak perempuannya, Nur Fatihah Fauzil, 10, murid pendidikan khas orang kurang upaya (OKU) di sebuah sekolah di sini.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Mohd Nor berkata, kemalangan berlaku apabila Fauzil sedang menunggang motosikal dari arah Temerloh ke Jerantut dan apabila tiba di simpang  tiga untuk ke Kampung Jenderak, mangsa memperlahankan motosikalnya untuk membelok ke kanan.sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Ketika itu, datang sebuah Perodua Alza dari arah belakang yang dipandu seorang lelaki gagal untuk mengelak lalu merempuh motosikal dinaiki kedua-dua beranak itu mengakibatkan mereka tercampak di atas jalan bertentangan itu.

"Kedua-dua mangsa kemudiannya dirempuh pula dengan sebuah kereta jenis Honda dari arah Jerantut yang dipandu seorang lelaki.

"Akibat dirempuah sebanyak dua kali, kedua-duua mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Mohd Nor berkata, kedua-dua pemandu kereta yang terlibat dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan, pemandu kereta yang merempuh mangsa dari belakang ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kemalangan maut.



Sumber: Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.