Ditahan Ketika Leka Beli Loteri

Penguat kuasa JHEAINS menyoal siasat salah seorang yang ditahan.


SEREMBAN - Seramai lapan lelaki beragama Islam ditahan oleh penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) atas kesalahan membeli nombor ekor di salah sebuah kedai loteri di di sini.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Mereka yang berumur dalam lingkungan 20 hingga 60 tahun ditahan dalam 'Ops Cegah Judi' di sekitar Bandar Seremban, bermula jam 3 hingga 5 petang kelmarin.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Ketua Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, Ahmad Zaki Hamzah, berkata, berlaku sedikit pergelutan apabila mereka yang ditahan cuba untuk meloloskan diri ketika pemeriksaan.sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Kesemua ditahan secara berasingan ketika leka membeli nombor ekor dan ada diantaranya ditahan semasa berada dalam premis perjudian.sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Mereka dibawa ke bahagian penguatkuasaaan JHEAINS untuk siasatan lanjut termasuk urusan jaminan dan akan didakwa dibawah Seksyen 79 (a) Enakmen Kesalaha Syariah 2004 kerana berjudi," katanya.

Menurut beliau, jika disabitkan bersalah, mereka boleh dikenakan denda sehingga RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, Ketua Pengarah Penguatkuasaaan JHEAINS, Ahmad Husaini Mustafa mengesahkan tangkapan berkenaan.






Sumber: Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.