Diandra: Saya Dan Yuna Tidak Sama



Dia seorang gadis yang manis dan usianya pula baru 20 tahun, Diandra Arjunaidi adalah pendatang baru dalam dunia muzik tempatan. Gadis ini amat bertuah sekali kerana telah menjadi artis pertama yang bernaung di bawah Yuna Room Records. Bagaimanapun, gadis ini mempunyai gaya tersendiri dan tidak mahu dibayangi Yuna walaupun cara nyanyia mereka hampir sama.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com

"Ramai yang kata muzik dan cara nyanyian saya sama seperti yuna. Tapi saya tidak setuju dengan tanggapan itu. Saya dalah saya. Walaupun nampak sama, tapi muzik kami berbeza. Sebagai orang baru, saya tidak melihat perkara itu sebagai sesuatu yang negatif. Sebaliknya, ia satu penghargaan. Mungkin lama kelamaan nanti, orang akan faham jugan dengan muzik saya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Saya bersyukur berasa amat bertuah kerana Yuna percaya dengan bakat yang saya miliki. Semua lagu yang dimuatkan dalam album sulung itu adalah gubahan dan tulisan saya sendiri. Saya mula mencipta lagi sejak di bangku sekolah lagi iaitu dari tahun 2005," kata Diandra yang popular dengan lagu "Angkasa".
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Sementara itu, Diandra juga tidak setuju jika ada pihak yang mengatakan dia sengaja menumpang populariti daripada Yuna. Jelas penyanyi berdarah kacukan ini, bukan dia yang mencari Yuna, tetapi Yuna yang datang kepadanya untuk mengambilnya sebagai artis naungan.


Diandra dan Yuna melancarkan album masing-masing di Holding Room, 
Menara 1, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada Rabu lalu.


"Sebenarnya, saya sudah dua tahun terlibat dengan persembahan gig di merata tempat. Yuna jumpa saya pada ketika itu saya sedang buat satu persembahan. Kalau orang kata saya ingin menumpang populariti Yuna, mungkin mereka silap. Tapi saya tidak menafikan melalui Yuna, saya mungkin berpeluang untuk pergi lebih jauh. Walau apa pun, saya mahu mendapatkan keyakinan peminat muzik tempatan dahulu sebelum mengmbangkan lagi bakat ke tempat-tempat lain seperti di Singapura atau Indonesia dahulu," katanya lagi ketika melancarkan album sulungnya bersama Yuna di Holding Room, Menara 1, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada Rabu lalu.

Dalam pada masa yang sama, Yuna turut menegaskan dia dan Diandra tidak punya kesamaan. Malah, Yuna juga menafikan Diandra adalah anak didiknya.

"Saya memang tidak terlibat langsung denga pembikinan album Diandra. Semua lagu yang dimuatkan dalam album Diandra adalah ciptaan sepenuhnya sendiri. Lagu-lagu itu sudah dirakam sebelum saya mengambil dia menjadi astis lagi. Sebab utama saya ambil dia sebagai artis naungan adalah kerana di punya bakat istimewa dan sayang kalau bakat itu diberi peluang untuk pergi lebih jauh," tegasnya.

Album sulung Diandra menggunakan judul namanya sendiri dan ia memuatkan enam lagu Inggeris dan sebuah lagu berbahasa Melayu berjudul "Angkasa" yang telah diputarkan dicorong-corong radio sejak bulan lalu. Pada Ahad ini (8 Januari), Diandra akan mengadakan satu showcase bersempena dengan pelancaran albumnya itu. Showcase yang dinamakan Angkasa’s Showcase itu akan diadakan di Actor Studio, Lot 10, Bukit Bintang bermula jam 4.00 petang. Tiket-tiket berharga RM38 boleh didapati di lokasi acara.





Sumber: GUA

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.