Bas Pelancong, Duit Hangus Terbakar

Keadaan bas yang hangus terbakardi Lebuh AMJ, berhampiran Medan 
Selera Semabok.



SEMABOK - Sudah jatuh ditimpa tangga. Itulah pepatah yang sesuai kepada pemandu bas pelancong, D Laganathan, 61, selepas duit untuk membayar ansuran kereta bernilai RM1,050 terbakar malahan juga dia bernasib malang sekali lagi apabila duit tambang penumpang yang dikutip sejak pagi lagi turut terbakar juga. Kejadian berlaku di Lebuh AMJ, berhampiran Medan Selera Semabok, kira-kira jma 12.30 tengah hari, semalam, melibatkan bas jenis Bas Panorama.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Laganathan berkata, dia hanya menyedari kebakaran mula berlaku selepas diberitahu oleh seorang penunggang motosikal, Zulkifli Abd Latip, 48, yang datang dari arah yang sama menuju ke bandar raya, selepas menuruhnya memberhentikan bas.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Mulanya saya tidak percaya, tetapi melihat seorang penumpang bas menjerit memberitahu ada api di belakang bas, saya segera menyuruh 10 penumpang termasuk lapan pelancong asing untuk turun daripada bas dengan kadar segera.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Saya kemudiannya mencapai alat pemadam api dan cuba memadam kebakaran dengan bantuan Zulkifli itu tadi tetapi tidak berjaya kerana api sudah marak sebelum sempay menghubungi talian kecemasan," katanya.

Menurut Laganathan, dia memang sudah menyedari terdapat masalah brek semasa dalam perjalanan dan merancangmahu ke bengkel bas di Malim selepas menghantar kesemua penumpang di Melaka Sentral.

"Saya tidak pasti lagi sama ada kebakaran ini berpunca daripada kerosakan brek atau pun tidak, tetapi kebakaran bermula dari bahagian belakang yang menempatkan enjin.

"Saya rasa sedih kerana duit yang sepatutnya digunakan untuk membayar ansuran kereta selain duit tambang tidak sempat saya selamatkan dan terbakar bersama-sama dengan bas," katanya.

Sementara itu, Zlkifli berkata, sebelum kejadian berlaku,  dia sedang menunggang motosikal dari rumahnya di Ayer Molek dan dalam perjalanan menuju ke sebuah klinik di kawasan Semabok.

"Pada mulanya saya melihat sebuah bas sedang memotong saya dan saya terkejut apabila melihat percikan api sedang berlaku di bahagian belakang bas tersebut yang datang dari arah Sungai Ujong.

"Saya terus memecut mengejar bas berkenaan dan mengarahkan pemandu bas berhenti kerana ada percikan api di belakang bas yang dipandunya," katanya.

Menurut Pegawai Bomba Kanan 2 Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu, Shahril Zauni berkata, pihaknya ada menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira jam 12.35 tengah hari dan tiba di tempat kejadian 12 minit kemudian.

"Dua buah jentera bersama 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat, Jalan Kubu dan Bukit Katil diarahkan ke temat kejadian untuk memadamkan kebakaran.

Menurut Shahril, punca kebakaran masih dalam siasatan dan tidak menolak kemungkinan ianya berpunca dari bahagian enjin berdasarkan maklumat yang diterima daripada orang awam.



Sumber: Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.